Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Saiful Apek & Tiga Rakan Dibicara 14 Februari
PETALING JAYA: Perbicaraan kes pelakon komedi popular, Saiful Apek yang didakwa mengambil ganja bersama tiga rakan lain termasuk seorang wanita ditetapkan Mahkamah Majistret di sini, semalam pada 14 Februari tahun depan.
Majistret Ahmad Solihin Abd Walid menetapkan tarikh itu terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, yang pada 1 November lalu mengaku tidak bersalah mengambil ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan jam 11 malam, 12 Jun 2010.
Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 itu dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis jika sabit kesalahan.
Turut didakwa dan hadir ke mahkamah semalam atas tuduhan sama adalah tiga rakannya, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan seorang wanita, Noremy Mohamad, 28.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad memohon semua tertuduh dibicarakan bersama dengan alasan pihak pendakwaan akan mengemukakan saksi dan bahan bukti sama.
Ahmad Solihin membenarkan permohonan itu apabila peguam bela Mohd Fadhly Hashim yang mewakili semua tertuduh termasuk Saiful Apek tidak membantah.
Pada prosiding 1 November lalu itu juga, seorang lagi rakan Saiful Apek, Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, pekerja sambilan kru produksi sama yang turut didakwa atas tuduhan sama, mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki ganja seberat 0.09 gram di rumah bernombor 306, Blok C, Sunway Court Apartment, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun tahun lalu. Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 6, ADB 1952 dan dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]