Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Khir Mohd. Nor akhiri zaman duda


DALAM diam, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd. Nor dah pun selamat bertunang baru-baru ini.

Seingat Joyah, agak lama juga Khir menduda. Adalah dalam tiga tahun dia hidup kesepian tanpa teman selepas bercerai dengan pelakon Suriati Baharom sekitar tahun 2009.

Tup tup, Joyah dengar Khir dah pun menemui pengganti yang sesuai untuk dijadikan suri hatinya.

Boleh tahan cantik wanita pilihannya itu. Hidung mancung ala wanita Pakistan. Namanya Norliszah Borhan, 27.

Majlis pertunangan yang diadakan di Batu Pahat, Johor pada 1 Januari lalu dengarnya cuma dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Iyalah, mungkin Khir tak mahu menunjuk-nunjuk sangat yang dia sedang berbahagia.

Jadi dia lebih suka majlis itu dibuat secara sederhana gamaknya.

Paling menarik, anak-anaknya turut datang memberi sokongan buat si ayah. Baguslah begitu.

Mengikut perancangan, Khir dan bakal isterinya itu akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei ini.

Ha...eloklah tu dipercepatkan. Khir tu pun dah lama menduda. Tahun ni Khir pun dah cecah 51 tahun.

Eloklah berumah tangga cepat. Tak adalah sunyi sangat hidup tu. Tak begitu Khir?

Pesan Joyah cuma satu. Semailah keharmonian dalam rumah tangga apatah lagi antara pasangan suami isteri. Barulah rumah tangga aman bahagia.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails