Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

2012 uji kejantanan Farid

DEBARAN Farid Kamil sedang memuncak berikutan dia kini berdepan dua perkara terpenting dalam hidup. Dia berdebar kerana filem Pe3 dan bergelar suami kepada pelakon Diana Danielle. Filem kedua arahan Farid, Pe3 sudah ditayangkan di panggung bermula 18 Oktober lalu. Selepas Kongsi, itu taruhan baharu jejaka 31 tahun ini yang masih bermain dengan genre aksi. Namun kali ini diselitkan komedi untuk menjadi perencah filem yang turut dilakonkan bersama Kamal Adli dan Diana Amir itu. Angka tiga juga bakal menukar kehidupan pemuda kelahiran Kedah ini. Daripada status si teruna ke suami seorang aktres terkenal, Diana Danielle yang duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengannya. Tarikh 3 November 2012 dipilih sebagai tanda dua jiwa ini menjadi satu. Pasangan ini mendedahkan yang mereka akan bernikah pada pagi 3 November kelak di Hotel Flamingo Ampang dan memilih taman di pinggiran tasik sebagai lokasi untuk bernikah. Pendedahan itu diadakan pada tarikh debaran filem Pe3 ditayangkan kepada pihak media, baru-baru ini. Buat pengarah yang sudah mengembara ke Australia untuk segulung sijil lagak aksi, Pe3 buat Farid adalah sebuah filem dedikasi. "Filem ini adalah sebuah cerita yang saya tujukan khas buat sebuah golongan, tetapi harus saya tegaskan bukan kumpulan tertentu. Golongan ini telah menjalankan aktiviti hitam secara terangan," tegas Farid yang membawa watak Megat, seorang ketua gengster yang merasakan dirinya bagus. "Karakter Megat ini sangat menjijikkan. Dia rasa dia bagus," ulas Farid lagi. Menginjak balik sejarah lama, Farid Kamil pernah dihujani panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan gara-gara kekasihnya Diana. Dia hadapinya dengan tenang dan jantan. "Sewaktu mahu bikin Pe3, saya sudah bersedia namun tetap ada kerisauan. Mungkin ini akan ada masyarakat atau golongan tertentu bertindak agresif terhadap saya. Namun ini tidak ada kaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Saya harap penjelasan ini akan dapat memberi pemahaman yang baik," jelasnya yang menjalankan penggambaran filem Pe3 di Pulau Pinang secara keseluruhannya. Masih mengangkat tema gengster dalam filem kali ini, ujar Farid gengsterisme sudah lama berada dalam masyarakat kita malah sebelum 55 tahun kemerdekaan. "Banyak cerita kongsi gelap dijadikan cerita rakyat dan mitos yang tepat. Itu sudah berlaku sebelum merdeka. Tidak menjadi persoalan dalam mengangkat tema gengsterisme. Cuma kini pendekatan pengarah lebih komersial," jelasnya yang akan muncul juga dalam filem Legenda Budak Setan 2: Katerina. Menariknya, Pe3 dan Diana mempunyai persamaan. Pertemuan kedua-dua subjek penting ini berdasarkan pembacaan Farid di surat khabar. Teringat cerita Farid satu ketika yang memberanikan diri menegur dan mengusik Diana dalam satu acara di Bangsar selepas membaca kisah kontroversi gadis itu di surat khabar. Usikan nakalnya yang berbunyi, 'kalau sudah single bolehlah masuk jarum' rupanya adalah satu tanda bahawa jodoh bakal bertemu. Begitu juga dengan Pe3, hasil pembacaan Farid tentang kisah rompakan mikrocip yang berlaku di Pulau Pinang telah membuahkan idea untuk tampil dengan sebuah filem. Mengangkat jenayah yang dibacanya di laman suratkhabar, filem ini memaparkan beberapa episod daripada penceritaan saksi yang ditemuinya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails