Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cinta boleh cipta spekulasi - Shila Amzah

KISAH cinta Shila Amzah, 22, dengan belahan hatinya, Sharnaaz Ahmad, 27, yang kerap didedahkan kepada masyarakat akhirnya mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak. Ada yang tidak suka juara pertandingan realiti di Shanghai, China, Asian Wave 2012 itu sebab kerap 'menjual' cerita cinta sedangkan rancangan untuk bersatu itu masih kabur lagi. Adakah penyanyi Patah Seribu ini menyedari situasi berkenaan? "Ya. Tapi ulasan saya tentang soal cinta dan masa depan bersama Shaarnaz itu memang betul. Kami memang ada perancangan. Tapi dalam perasaan seronok bercerita itu, saya pasti ada yang bosan bila kami terlalu banyak kongsi cerita cinta kami. "Jadi sebab itu, saya ambil keputusan untuk membataskan cerita cinta kami. Lepas ini, kalau ada orang tanya, kami akan minta rujuk kepada cerita sebelum ini," terang Shila yang ditemui di majlis meraikan kejayaan penyanyi itu anjuran Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) dengan kerjasama Hai-O Enterprise Berhad dan saluran ntv7 dan 8TV, malam Isnin lalu. Adakah anak sulung daripada empat beradik itu berasa selesa andai kerap diajukan persoalan tentang impian perkahwinannya? "Kami nak biar orang cakap kami serius dalam soal percintaan dan karier. Sebab itu, saya nak berhenti dari bercakap soal cinta sebab boleh cipta spekulasi. "Apatah lagi bila orang kaitkan cinta kami dengan kisah cinta pasangan artis yang lain. Tak ada kena mengena pun dan sebab itu saya selesa kalau cerita cinta kami berjalan dengan sendirinya. Tanpa sebarang paksaan," ungkapnya minta dimengerti. Harga show naik?Anak kebanggaan penyanyi ND Lala, 51, dan Fauziah Sarman, 44, ini juga sempat diusik tentang harga show yang dikatakan meningkat sejak mengharumkan nama pada 24 September lalu. Jawapan ringkas Shila: "Entahlah, saya tak tahu. Kena tanya emak dan babah saya. Sebab mereka yang jaga bab tu." Adakah keadaan sebegitu berlaku kerana kebanyakan artis yang memenangi acara di luar negara pasti mempunyai harga standard tersendiri bila pulang ke tanah air? "Harga di China memang lain. Sebab cara layanan diberikan pihak sana juga berbeza. Kalau nak tahu, saya masih mengekalkan harga lama kalau ada show di sini. Kalau tak, macam mana saya nak cari makan,?" seloroh Duta PPMC ini meleraikan rasa tidak puas hati berhubung penjelasannya itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails