Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lepas dan laku Nabila Huda

NAMA Nabila Huda kembali panas minggu ini. Semuanya gara-gara daripada cakap-cakap mulut sehingga melalut ke laman sosial. Hilang sekejap termometer keberkesanan lakonannya sebagai Julia yang sekarang menjadi kegilaan. Orang kita mudah teralih arah, isu seksi dan hubungan 'cinta' Nabila lebih menghambat pandangan. Walhal sebelum ini khalayak sedang rancak bercerita tentang bakat lakon Nabila. Memang tidak dinafikan, Nabila yang segar dipanggil Abil muncul terlebih seksi di Anugerah Blokbuster pada Sabtu lalu. Gaun tajaan pereka busana Aliabastamam yang terdedah pada bahagian dada dan perut serta terbelah sehingga ke paha itu bagi Nabila yang gemar berfesyen adalah satu ekspresi fesyen normal untuknya. Khalayak sebenarnya sudah terbiasa melihat Nabila bermain fesyen. Malah dia gemar mencuba dan tidak kalah gaya. Dia jarang sekali menjadi mangsa fesyen. Malah dia tidak lokek berkongsi di laman Instagram. Peminat Abil secara mendadak bertukar status sebagai pendakwah, kaunselor, juri, hakim mahu pun pemuja fesyen tatkala melihat foto terbaharunya di internet. Abil menjadi tempat mereka melontar kata-kata dan komentar tanpa sikap sensitif. Seolah lulus gaya dan sekolah fesyen. Kononnya mereka kenal benar dengan Nabila. Muncul dengan tanggungjawab dan sikap jujurnya, Abil meminta maaf. Dia tahu ramai mulut bercakap dan dia menambah resah ayahnya, Amy Search, seorang ikon rock yang mendapat tempias segala perilakunya. "Saya meminta maaf secara terbuka bagi pihak yang menganggap penampilan saya terlalu seksi atau tidak sensitif pada malam itu. Hakikatnya, kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat yang menonton, saya menutup bahagian perut dan dada yang terdedah dengan tube berwarna hitam sewaktu muncul menjadi penyampai trofi bersama Zahiril," ujar Abil dalam nada penuh tanggungjawab. Nabila sebenarnya seorang aktres yang bagus. Lepas dan laku dalam bidangnya sendiri. Pada satu saat, mata khalayak tertutup melihat dan menyaksikan apa yang lebih terbuka.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails