Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan sekat pusaka Loloq - Errie

"Proses mengeluarkan duit sendiri bukan mudah. Banyak prosedur yang terpaksa dilalui walaupun untuk menggunakan duit sendiri. Kalau bukan kerana duit royalti yang diberikan oleh MACP, saya sendiri tidak tahu macam mana kehidupan kami. "Apa-apa yang terjadi, saya pegang amanah arwah. Kalau hak kami diambil, ini boleh dikatakan sebagai sebuah pencabulan hak. Jujur saya katakan, kalau bukan kerana MACP, kami tak makan," keluhnya yang tidak mempunyai masalah sepanjang berurusan dengan MACP. "Loloq sejak hayatnya ada hingga tiada, dia bergantung hidup sebagai penulis lirik. Itu sumber pendapatannya. Seluruh keluarga bergantung kepada royalti liriknya. Jika ada sesuatu perkara yang akan jejaskan kehidupan kami, ini menimbulkan kerisauan saya. Selama ini kehidupan kami lancar dan sumber wang yang ditinggalkan cukup untuk menampung kami anak-beranak," tegas Errie. "Hal ini adalah sangat serius kerana ia memberi impak kepada kehidupan ramai keluarga yang bergantung kepada royalti," tegasnya lagi yang selesa segala urusan royalti dijalankan oleh MACP tanpa sebarang rungutan. Cabul hak Berdasarkan terma MACP, pembayaran wang hasil kutipan royalti daripada penulis yang telah meninggal dunia kepada waris akan bertahan selama 70 tahun selepas kematian. Jika MACP dihapuskan, jaminan ketelusan kutipan dan penyaluran hasil kutipan royalti nanti ibarat telur di hujung tanduk. Jika jatuh ke tangan pihak yang mempunyai kepentingan peribadi, masa depan karyawan muzik seperti penulis lirik dan pencipta lagu juga tiada jaminan. "Selama ini kami tidak berdepan masalah dengan MACP, MACP sendiri tiada masalah dengan ahli-ahlinya. Setahu saya, masalah yang sebenarnya timbul apabila ada pihak yang enggan membayar lesen kepada MACP, mereka tidak mahu bayar servis yang telah mereka gunakan. "Kalau benar hak MACP hendak ditarik, harta kami itu hendak direntap secara paksa daripada pemiliknya. Itu satu pencabulan hak yang tidak boleh diterima," jelas Errie beremosi. Dengan pengetahuan yang telus tentang perjalanan pembayaran royalti oleh pihak MACP, Errie berpendapat bahawa penekanan seharusnya diletakkan kepada penguatkuasaan pembayaran pihak-pihak tertentu kepada MACP. "Seharusnya kita bagi sokongan penuh kepada MACP. Kalau ada badan lain yang mahu mengendalikan royalti pengkarya, adakah mereka tahu tentang perjalanan kerja dan sejarah kutipan royalti, adakah hak yang patut saya dapat masih sama? Adakah royalti akan diagihkan secara telus seperti yang dilakukan sebelum ini" soalnya dengan serius. Errie kini bersendirian membesarkan Krsty Nur, 16; Jaevn Nur, 13 ; dan Yasha Nur 11.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails