Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Stacy kembali bersama Akim

TIDAK lama dahulu kedua penyanyi remaja ini pernah mencuri tumpuan melalui hubungan mesra yang terjalin antara mereka. Menafikan hubungan baik itu menerbitkan rasa cinta, kini mereka kembali bersama. Biarpun badai gosip sudah lama berlalu, kasih yang mengikat mereka sebagai kawan terus dikukuhkan dengan kerjasama di dalam membantu karier masing-masing. Keserasian yang tercipta sejak lama dahulu sentiasa menghasilkan gandingan terbaik. Terbaru Akim sekali lagi memilih Stacy sebagai rakan duet untuk lagu terbaru ciptaannya berjudul Kembali, lagu yang dimuatkan didalam album terbarunya berjudul Akim Ahmad ini ternyata mempunyai aura tersendiri. Tahu eksperimen bakal menyebabkan khabar angin mengenai hubungan cinta mereka kembali, bagi dua penyanyi yang meningkat dewasa ini itu bukan sesuatu yang perlu ditakutkan mereka lagi. Sekian lama menyepi, Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 21, memberitahu dia tidak pernah menghilangkan diri daripada industri ini. Menerangkan apa yang berlaku selama dia kurang berada di barisan hadapan, menurut Akim dia sebenarnya sedang mempelajari corak permainan di dalam industri. "Saya tidak kemana-mana, masih berusaha memberikan yang terbaik untuk karier saya. Namun pada masa yang sama saya tidak nafikan sedang memerhati dan mempelajari tentang industri kita kini," kata Akim yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7. Membuktikan kesungguhan di dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu, Akim mengakui lakonan juga merupakan bidang yang sentiasa memberi sebab untuk dirinya terus berusaha. Malah menurut jejaka ini, dia tidak kisah sekiranya diberikan peluang untuk melakonkan watak antagonis didalam memberi peluang dirinya untuk bersinar. "Saya masih muda. Jika ada mereka yang di luar sana masih tidak berpuas hati dengan lakonan saya, saya hanya boleh pastikan diri ini terus berusaha. "Mungkin melalui watak-watak yang lebih keras saya mampu membuktikan bakat yang saya miliki. Dan dengan umur yang masih muda ini juga saya yakin mahu mencuba semua watak dalam memberi peluang kepada saya untuk lebih sebati dengan lakonan," katanya. Sekali lagi memilih Stacy sebagai pasangan duet untuk lagu terbaru ciptaannya, Akim memberitahu bukan niatnya untuk sengaja mencipta kembali gosip lama tetapi dia percaya Stacy merupakan pilihan yang tepat untuk menyanyikan lagu ini bersamanya. "Sewaktu mencipta lagu ini saya memang dapat rasakan Stacy merupakan penyanyi yang tepat. "Dan tidak terlintas langsung untuk saya fikirkan lagu ini akan menyebabkan gosip bercinta kami kembali meletus. Cukup saya katakan kami sudah pernah berkerjasama dan ia memudahkan kerja kami," katanya. Sambut Aidiladha di Afrika Selatan Bakal berlepas ke Cape Town, Africa Selatan hujung bulan ini, menurut Akim tahun ini sambutan Aidiladha akan berbeza memandangkan bakal menyambutnya jauh dari keluarga yang berada di Johor. "Saya merupakan antara peserta program Fear Factor Selebriti Malaysia, kami semua akan berlepas ke Cape Town pada 23 haribulan ini. Dan untuk progam ini saya dan Farish Aziz akan berada dalam satu kumpulan. "Dan sepatutnya saya membuat ibadah korban tahun ini tapi memandangkan saya akan berada di sana, jadi saya tunda ibadah ini ke tahun hadapan," katanya. Berkongsi persiapan dalam menghadapi ujian fizikal yang dijanjikan program tersebut, menurut Akim buat masa ini dia masih lagi sibuk membina stamina didalam memastikan benar-benar bersedia untuk menjalani sebarang aktiviti di sana. "Saya terima untuk menyertai program ini adalah kerana mahu merasai sendiri ujian yang disediakan. "Walaupun tahu ada saingan dari peserta yang lebih hebat, tidak salah rasanya untuk mengatakan impian saya juga adalah untuk mendapatkan kemenangan didalam pertandingan ini," katanya kini yang masih sibuk menjalani beberapa aktiviti sukan seperti futsal. Bukan mahu tunjuk bagus, menurut Akim kebolehan untuk mencipta lagu memeri peluang untuk dirinya terus mencuba sebagai komposer. Bagaimanapun bagi Akim dia tidak pernah alergik untuk mendapatkan bantuan dari komposer lain didalam mendapatkan lagu yang lebih sesuai dengan dirinya. "Saya suka mencipta lagu, dan dalam memberi peluang kepada diri saya akan meneruskannya. Tetapi tidaklah sampai menolak lagu dari komposer lain. Bagi saya dengan umur yang masih muda ini saya mahu mencuba dan terus mencuba," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails