Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tolong, lupakan kontroversi itu - Hanez Suraya

TIDAK salah dikatakan bahawa ada sesetengah artis yang hanya dikenali melalui kontroversi sahaja, tetapi daripada sudut karier, entah ke mana. Cuba mengelak daripada dilabel sebagai artis yang hanya tahu menjaja cerita peribadi, Hanez Suraya sehabis boleh mahu menonjolkan dirinya melalui bakat lakonan yang ada. Mengakui arus persaingan yang ada di dalam industri yang diceburi cukup kuat, Hanez perlu bijak mengatur langkah demi memastikan perjalanan karier sentiasa bersinar. Namun untuk mengejar perkara tersebut, terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan termasuklah ruang privasi yang semakin sempit dan terdedah. "Jujurnya, jika boleh saya tidak mahu kisah peribadi saya yang lebih mendapat perhatian. Saya risau nanti apabila ada pihak yang akan mempersoalkan kebolehan saya sendiri dalam bidang lakonan kerana terlalu digembar-gemburkan dengan kisah cinta. "Namun saya akui, saya tidak boleh terus menolak bulat-bulat perkara ini. Lebih baik sekiranya karier saya lebih diberikan keutamaan," jelasnya ketika ditemui di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini. Sebelum ini, Hanez pernah dicalit kontroversi berkenaan gambarnya yang dipeluk ramai lelaki tersebar di internet. Bangkit mengakui kesilapannya pada masa lalu, Hanez terus melangkah lagi namun kemudiannya dia dikatakan berlagak diva pula. Terbantut lagi perjalanan anak seni ini. Dalam usahanya untuk memuaskan hati semua pihak, kemudian dia diasak pula dengan teka-teki perhubungannya bersama Awi Rafael. Bagaimanapun, menurut Hanez, untuk berbicara mengenai langkah seterusnya mengenai hubungan bersama penyanyi Pulanglah, buat ketika ini dia menyerahkan segala keputusan kepada kekasih hati. "Kalau ikutkan, saya sudah bersedia. Apa-apa pun, saya rasa biarlah pihak lelaki yang bersuara dahulu dalam hal ini. "Buat masa sekarang, segala keputusan untuk langkah seterusnya dalam hubungan kami, saya serahkan pada Awi. Saya tahu tanggungjawab dia besar. "Saya dan Awi juga sedang berusaha keras dalam memastikan keadaan kami cukup stabil sebelum mendirikan rumah tangga," katanya jujur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails