Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cinta Diana, Farid dibantah keluarga?


Pengarah, aktor popular dikatakan kongkong kekasih

APABILA membaca laporan Metro Ahad terbitan 7 November lalu dengan judul Artis berparti Halloween, Zubir sebenarnya tak terkejut pun kerana memang begitulah gaya kehidupan sesetengah artis tanah air. Tak perlulah Zubir sebut nama artis berkenaan kerana dia sebenarnya tak layak pun menjadi ikutan peminat kerana sering berpura-pura berkelakuan baik di khalayak ramai.

Artis perempuan itu kerap melabel dirinya mesra peminat apabila sering ‘kelihatan’ di laman sosial Twitter mendampingi pengikutnya, tambahan pula drama lakonannya sering disiarkan di kaca TV, padahal perangai... Tetapi bukan perangai artis itu yang Zubir hendak ceritakan minggu ini kerana ia bukan cerita baru dan menggemparkan.

Zubir sebenarnya tertarik dengan pengakuan eksklusif aktres kacukan Melayu-Inggeris, Diana Danielle, 19, kepada sebuah akhbar mingguan terbitan 7 November lalu apabila buat kali pertama dia tidak menafikan mempunyai hubungan cinta dengan pengarah dan aktor kacak, Farid Kamil, 29. Baguslah Diana, tak perlu lagi ‘berdrama’ dengan peminat mahupun rakan wartawan. Namun, dia sempat mengakui tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Pun begitu, sebaik tersiarnya pengakuan Diana, seorang teman wartawan menunjukkan kepada Zubir kiriman SMS daripada anggota keluarga aktres jelita itu kepada dirinya sedikit masa lalu. Kandungan SMS itu memaklumkan, ada di kalangan anggota keluarga Diana tidak begitu merestui pelakon utama filem Magika itu menjalin hubungan cinta dengan Farid atas beberapa alasan. Antaranya, Farid dikatakan terlalu mengongkong Diana!

“Bayangkan bro, Diana baik dengan kawan-kawan wartawan pun, Farid tak suka! Khabarnya, Farid memberi alasan, kawan-kawan press ni tak guna buat baik! Diana jadi serba salah bro. Diana memang dikenali sebagai artis mesra media, tapi buah hati tak benarkan dia berkawan baik dengan press. Itu belum kahwin lagi bro, sekarang pun dah macam-macam hal, entahlah...,” bebel teman wartawan tadi kepada Zubir.

Bercakap mengenai Farid, minggu lalu juga menerusi akhbar mingguan yang sama, dia ada membuat kenyataan seperti ini, “Saya cemburu dengan Syamsul (Yusof) sebab Diana? Buat apa? Logik ke? Kenapa saya perlu cemburukan dia pula, tak ada sebab. Sepatutnya Syamsul yang perlu cemburu kepada saya sebab sekarang ni Diana sudah jadi teman wanita saya.”

Membaca kenyataan Farid terhadap Syamsul yang juga bekas teman lelaki Diana, Zubir tersenyum sinis kerana kenyataan seumpama itu tidak seharusnya terkeluar daripada mulut Farid yang sudah cukup dewasa. Bagi Zubir, kenyataan seperti itu lazimnya ungkapan daripada kanak-kanak atau remaja belasan tahun apabila berebut teman wanita! Jangan marah Farid, Abang Zubir sekadar memberi teguran... Maaf kalau tersinggung.
Ini pula kenyataan balas daripada Syamsul, “Kenyataan itu sama sekali tidak relevan dengan masa dan situasi. Hubungan saya dengan Diana sudah lama berakhir. Jujurnya, ini satu provokasi murahan yang tak menuntut apa-apa penjelasan lanjut daripada saya.” Macam-macam hal. Apa-apa pun Zubir sentiasa mengharapkan agar Farid mahupun Syamsul segera melupakan sengketa sesama mereka demi kemajuan industri perfileman.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails