Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Di alam fantasi-Liyana Jasmay


Liyana kagumi Syamsul?

SELEPAS dikaitkan dengan Aizat, Aktres Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 2009 dan Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), dikatakan semakin rapat dengan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof. Tafsiran rapat itu tidak bererti mereka bercinta

melakonkan watak sebagai Zainon dalam teater Natrah 2, baru-baru ini, dia secara jujurnya tidak menafikan kualiti diri yang ada pada Syamsul melayakkan diri jejaka itu untuk bergelar kekasih yang baik. Tambah pula selepas pertama kali digandingkan bersama di layar perak menerusi filem arahan Syamsul sendiri berjudul Khurafat - Perjanjian Syaitan, mereka pantas mencipta keserasian. Tanpa berselindung, Liyana, 22, menjelaskan Syamsul antara lelaki yang boleh dijadikan calon suami pilihan.

“Dalam filem Khurafat pun kami bergandingan sebagai pasangan suami isteri. Sepanjang berkawan dan mengenalinya, saya boleh katakan dia mampu memikul tanggung jawab sebagai kekasih dan bakal suami yang menjadi dambaan ramai gadis di luar sana.

“Peluang berlakon buat pertama kali di bawah terbitan Skop Productions Sdn Bhd termasuk bergandingan dan dibimbing Syamsul ternyata memberi refleksi berbeza terhadap pacuan kerjaya lakonan saya. Pertama kali saya diberi peranan watak dewasa iaitu isteri bernama Aishah.

“Selalunya, dengan wajah keanak-anakan yang saya miliki termasuk usia yang masih muda, memang peranan sebegitu tidak pernah ditawarkan kepada saya. Tapi tidak kepada Syamsul kerana dia berusaha untuk mengubah apa yang diingininya,” kata Liyana Jasmay sambil memberitahu filem terbabit dijangka berada di pawagam mulai 13 Januari depan.
Secara peribadi, Liyana menyifatkan Syamsul sebagai generasi muda yang bercita-cita tinggi di samping bervisi besar. Katanya, Syamsul sudah membuktikannya menerusi kejayaannya pada FFM 23 apabila menang trofi Pengarah Terbaik. Senang dengan cara kerja Syamsul di set penggambaran, Liyana yakin anak bujang Datuk Yusof Haslam itu boleh terbang jauh.

“Berlakon dan mengarah dalam satu masa yang sama, bukan perkara yang mudah. Tapi dia boleh melakukannya. Sepanjang berlakon dengannya, saya gemar mengusik dan menceriakan keadaan kerana bimbang watak Johan yang dipegangnya akan membuatnya terbawa-bawa sekali gus tertekan.

"Apabila berlakon sebagai suami isteri, jadi saya perlu sayangkan Syamsul dan sedaya upaya untuk tidak menjarakkan diri dengannya untuk mencari keserasian. Kami mengambil masa untuk mencipta keserasian. Lagipun Syamsul seorang yang pemalu. Jadi saya kena mainkan peranan,” katanya.

Tolak ketepi cerita Syamsul, B*PPOP turut mengajukan kembali persoalan mengenai status dirinya kini. Berkali-kali, dia menidakkan cerita klise membabitkan dirinya dengan Aizat. Katanya, tidak wujud istilah mahu cover line hubungannya dengan Aizat.

“Saya single. Kalau boleh saya nak terus kahwin. Saya sasarkan untuk berkahwin di usia 25 tahun. Bila tiba masanya, ada calon yang sesuai untuk saya, bolehlah datang meminang. Buat masa sekarang, bukan saya tidak mahu serius memikirkan cinta.

“Bila bersedia, saya akan mempertimbangkan hal cinta tanpa ragu. Tapi soal cinta dan jodoh ini sebenarnya di luar kawalan minda kita. Takut pula cakap tak mahu sekarang, tup-tup esok lusa cinta datang bertandang. Dengan Aizat pun saya masih berkawan dan saling menyokong di antara satu sama lain,” katanya tulus.

Tahun ini juga menyaksikan kemunculan Liyana menerusi medium teater. Selain Natrah 2 yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 25 November hingga 5 Disember, dia turut membintangi teater muzikal Siti Di Alam Fantasi (SDAF) dipentaskan di lokasi yang sama bermula 22 Disember hingga 31 Disember ini.

SDAF yang dipentaskan buat kali ketiga ditangani kerja pengarahannya oleh Aminah Rhapor. Pementasan bersempena cuti sekolah itu difahamkan dipentaskan sebagai menggantikan pementasan muzikal Lat The Kampung Boy yang dianjak pementasannya ke Mac 2011.

SDAF juga dilihat akan meneruskan kegemilangan teater kanak-kanak yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Contohnya seperti teater Ali Baba, Aladin dan Sinbad. Kali kedua SDAF dipentaskan menampilkan Amy Mastura sebagai Siti ialah pada 10 tahun lalu di lokasi yang sama.

“Saya teruja dengan peluang berlakon SDAF. Apatah lagi, saya sendiri membesar dengan cerita fantasi seperti Alice In The Wonderland dan cerita terbitan Disney yang lain. Dulu, saya berangan nak jadi seperti Alicelah, Little Mermaidlah dan tak sangka ia jadi kenyataan.

“Sebagai persediaan, saya sudah mula melayari laman Youtube untuk mengkaji cerita kanak-kanak termasuk yang diterbitkan Disney. Saya juga kena selongkar balik jurnal lama dulu yang saya pernah simpan sewaktu belajar teater termasuk lontaran vokal dan pergerakan badan.

“Saya harus berterima kasih kepada Erma Fatima yang membuka peluang saya untuk berlakon Natrah 2. Ia akhirnya membuka peluang saya berlakon SDAF yang sekali gus mempertemukan saya dengan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani,” katanya yang akan turut menyanyi dalam teater ini.

INFO: Liyana Jasmay

•Difahamkan tahun depan, Liyana akan terbabit dalam penggambaran Papadom 2. Khabarnya, Papadom juga akan dipentaskan menerusi format teater muzikal.

•Beliau dijangka muncul dengan seleksi rangkaian pakaian jenama sendiri untuk remaja sepertinya.

•Bercita-cita untuk bergelar penerbit dan pengarah suatu hari nanti.

•Selain Khurafat, Liyana juga sedang menanti tayangan filem Tolong Awekku Pontianak arahan James Lee dan Senjakala (Ahmad Idham)

•Sikapnya yang selektif dalam lakonan drama bukan disebabkan demand, tetapi semuanya atas dasar menjaga kualiti diri dan matlamat yang dihalakan selama ini dalam kerjaya lakonan.

INFO: Siti Di Alam Fantasi


•Selain Liyana Jasmay, teater ini turut dibintangi Vanidah Imran sebagai Labah-Labah dan Ebby Yus (Mamat)


•Sesuai ditonton daripada usia 4 tahun hingga ke atas.


•Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani akui hatinya mula terpaut minat kepada Liyana Jasmay ketika pelakon itu hadir sidang media memperkenalkan pelakon Natrah 2 di Istana Budaya. Katanya, keletah manja dan fizikal Liyana memang melayakkan dirinya untuk memegang peranan sebagai Siti.


•Pengarahnya, Aminah Rhapor, berkata banyak perubahan artistik akan dilakukan untuk pementasan kali ini yang dipentaskan mulai 22 Disember hingga 31 Disember ini bermula jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.


•Tiket menyaksikan Siti Di Alam Fantasi boleh dibeli pada harga RM30, RM50 dan RM150. Untuk pertanyaan, boleh hubungi box-office (03-40265558) atau layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.

Penghargaan

•Tiar Zainal menggunakan Maybelline New York, 013-6284835 (Tiar akan mengadakan bengkel solekan pada 5 Disember depan di Cheras dengan yuran penyertaan RM40, berminat boleh hubungi Yuslina, 017-3807765)

•Busana dan aksesori: Salikin Sidek (03-26815898, 0192121936), Ampang Park, Kuala Lumpur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails