Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Alyah tolong jangan tiru


SAYA ingin membuat teguran ikhlas kepada penyanyi yang kini semakin meningkat naik, iaitu Alyah. Saya tidak berpuas hati dengan imej baru yang dibawa oleh Alyah sekarang. Ini kerana saya melihat seolah-olah Alyah tiada originaliti dan meniru bulat-bulat imej artis Barat.

Berdasarkan pemerhatian, Alyah seolah-olah keliru, sekejap meniru gaya Rihanna, kini dengan gaya Lady Gaga. Bukan setakat imej dicedok bulat-bulat, malah video klip juga ala-ala Lady Gaga.

Imej baru Alyah kini membuatkan saya tertanya-tanya kewajarannya merubah imej dan penampilan. Mungkin ada yang beranggapan saya kolot, tetapi meniru imej artis lain bulat-bulat seolah-olah jalan pintas untuk mencapai populariti.

Saya mengagumi Datuk Siti dan Datuk Sheila Majid yang kekal utuh dengan identiti sendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan gaya artis lain. Jika begini cara Alyah, tidak mustahil Alyah tidak mampu bertahan lama dengan jalan pintas ini.

Kepada Alyah, semoga teguran ikhlas ini diambil perhatian. Lebih manis rasanya Alyah dengan imej lama. Tidak salah mengikut peredaran fesyen terkini, namun mencedok bulat-bulat gaya artis Barat mungkin mengundang pandangan negatif pihak lain.


OSASUNA,

Petaling Jaya, Selangor.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails