Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan dengar cakap orang - Aida


HARAPKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah perumpamaan sedih yang mungkin boleh dikaitkan dengan juara program realiti Gadis Melayu musim pertama di TV9, Aida.

Nasib malang yang menimpa pemilik nama penuh Khairul Noormaidah Zali, 25, itu bermula apabila dia menolak tawaran bekerja di sebuah badan korporat kerana terpikat dengan bayaran lumayan sebagai duta satu produk kesihatan.

Sayangnya, isteri kepada penyampai berita TV3, Saiful Nizam ditipu apabila baki bayaran duta tidak dilunaskan manakala suaminya turut kerugian RM30,000.

Sekarang cerita pasal Aida mula jadi bualan kerana dia dikatakan merayu-merayu hendak masuk kembali ke badan korporat itu.

Semuanya gara-gara kerja dah tidak ada, tambahan pula Saiful Nizam dikatakan terlalu mengongkong karier seninya.

Betul ke semua dakwaan itu? Berpegang kepada prinsip berani kerana benar, Aida tampil memberi penjelasan kepada wartawan ARIF NIZAM ABDULLAH.

Dengar dah tak ada kerja sekarang? Betul ke?

Mana ada. Lepas kahwin Aida sendiri yang mengurangkan aktiviti seni. Aida ada mengacara program Akademi Al-Quran musim keempat dan program masakan Resipi Istana.

Habis tu, ada orang kata Aida minta balik nak masuk sebuah badan korporat tu. Padahal sebelum kahwin elok-elok dah dapat tawaran, kenapa Aida tolak?

Masa dapat tawaran tu, memang Aida gembira sangat tetapi pada masa sama Aida terikat dengan kontrak sebuah syarikat produk kesihatan sebagai duta. Aida pulak tak sangka dapat tawaran tu begitu cepat tapi Aida tolak dengan cara baik.

Jawatan apa badan korporat tu bagi? Gaji besar ke?

Sebagai Pegawai Sumber Korporat. Gaji lebih RM3,000. Aida pergi juga kerja hari pertama tetapi Aida terus hantar surat letak jawatan. Bos kat sana ada cakap, kalau sudah habis kontrak nanti boleh masuk balik. Baru-baru ini Aida memang ada tanya, boleh lagi ke kalau nak masuk balik. Itu sahaja.

Tak rasa malu nak masuk balik ke? Nampak macam terdesak.

Bukan terdesak. Aida tolak dengan cara baik dan bos di sana pun harap Aida kerja situ. Aida masih buat kerja pengacara secara bebas. Tapi kalau dapat masuk balik, itu rezeki namanya. Sebenarnya apa yang terjadi ke atas Aida dan suami adalah dugaan yang sangat menguji. Apatah lagi baru kahwin kerana syaitan tak akan berhenti ganggu kami. Kami pun tak sangka nak kena tipu macam ni.

Apa jadi dengan syarikat produk kesihatan tu sekarang?

Kami dah buat laporan polis selepas suami kena tipu sampai RM30,000. Manakala baki bayaran duta Aida ada dekat RM25,000 belum dibayar selepas pemilik syarikat tu melarikan diri. Aida nak jelaskan kami tak terlibat dengan perniagaan jualan langsung (MLM). Wang RM30,000 itu merupakan pelaburan suami untuk membeli produk syarikat dan membuka kiosk.

Suami Aida pun tak pernah menarik sesiapa untuk jadi ahli dalam syarikat tu.

Satu lagi isu ni, betul ke Saiful mengongkong Aida? Suami tak bagi berlakon dan mengacara program berbentuk Islam sahaja? Itu yang kurang dapat kerja.

Tak adalah mengongkong. Aida akui dapat banyak tawaran berlakon termasuk filem. Suami pula dah lama dalam bidang ni. Dia suruh Aida mengacara sahaja kerana kalau berlakon itu bukan Aida katanya. Aida setuju dengan nasihat dia. Lagipun Aida dah mula selesa jadi pengacara bebas.

Apa pengajaran yang diperolehi daripada macam-macam ‘musibah’ akhir-akhir ini?

Aida bukannya nak masuk balik badan korporat tu pun. Semua ni akibat cerita yang tak betul apabila orang menyampai dari mulut ke mulut. Kalau boleh janganlah dengar cerita Aida begitu begini. Sebaliknya tanya terus dengan Aida kesahihannya. Suami Aida cakap rezeki ada di mana-mana. Alhamdulillah, gaji pengacara bebas lebih lumayan daripada pengacara tetap. Orang jangan ingat kalau artis tu lama tak muncul di kaca televisyen, dia tak kerja. Sebenarnya lagi banyak kerja dia dapat.

Sekarang Aida buat apa?

Aida tengah rancang nak buka sebuah syarikat tetapi Aida tak boleh cakap lagi apa jenisnya. Aida baru habis mesyuarat. Kena tunggu semua dah selesai dulu.

Tak takut kena tipu lagi?

Orang Melayu selalu takut apabila nak buat perniagaan sendiri pasal selalu fikir risiko yang akan dihadapi. Tetapi Aida kena berani mencuba, baru Aida tahu hasilnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails