Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cinta Irma, Nabil putus


JOYAH masih terkenang beberapa hari sebelum hari raya yang lalu, kemesraan yang terpancar di wajah Irma Hasmi dan Nabil semasa sesi fotografi dengan surat khabar Joyah ini.

Tak perlulah Joyah cakap apa yang berlaku kepada pasangan ini. Sama sahaja dengan pasangan lain yang sedang asyik menyulam cinta. Romantis habis lah kata orang.

Rupa-rupanya tak kekal lama apabila hubungan yang berlangsung tiga tahun lebih itu dah menemui jalan akhir baru-baru ini. Apa dah jadi? Irma kata putus, Nabil kata tak.

Joyah pun naik pening membaca cerita mereka. Tak kisahlah apa pun sebab yang berlaku, memang Joyah cukup kasihan melihat peristiwa sedih yang telah mereka lalui itu. Cinta bagai nak rak, putus tengah jalan juga.

Tapi otak Joyah yang ligat berputar ini selalu terfikir, apakah badi yang menimpa Irma sampai dikecewakan begitu sekali. Dulu masa bercinta dengan Farid Kamil pun tak lama juga.

Apa malang nasib Irma masih belum berjaya membawa cintanya sampai ke jinjang pelamin. Tak mengapa Irma, nak kahwin pun bukan perkara yang boleh diambil mudah. Biar lambat temu jodoh asalkan orangnya betul. Joyah tak kata Nabil orang tak betul okey!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails