Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Adlin Aman Ramli ‘Cerewet’ Pilih Peserta AF9


KUALA LUMPUR: Demi mendapatkan peserta yang betul-betul berkualiti berbanding musim sebelumnya, juri Adlin Aman Ramli (gambar) agak ‘cerewet’ ketika melakukan sesi uji bakat Akademi Fantasia musim kesembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu.

Program realiti nyanyian tahunan yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) itu bakal berakhir pada tahun ini dan selepas ini tiada lagi AF pada masa akan datang.

Oleh sebab itu, Adlin yang memiliki kepakaran dalam menilai penampilan dan seni persembahan seseorang peserta itu.

Setakat pemilihan yang dilakukan selama dua hari bermula Jumaat lalu, Adlin melihat ada tiga peserta yang benar-benar berkualiti dan mampu memberikan cabaran kepada juara AF musim-musim lalu.

Sejarah AF telah menobatkan lapan juara iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6), Hafiz (AF7) dan Shahir (AF8).

“Sebagai salah seorang panel juri uji bakat AF9, saya tidak melihat pada kuantiti yang banyak tetapi mencari kualiti pada seseorang individu yang boleh keluar dari landasan yang pernah dilakukan oleh artis di Malaysia sekarang.

“Setakat ini, saya lihat ada dua atau tiga peserta yang layak untuk memasuki AF9 dan dirasakan boleh memberi cabaran kepada juara AF sebelum ini kerana kualiti mereka sedikit berlainan.

“Saya mahukan bakat-bakat baru yang mempunyai potensi yang belum diketengahkan,” katanya dalam satu sidang media.

Pengarah dan pelakon ini menganggap tiga orang peserta tersebut mempunyai ciri-ciri yang diinginkan dalam diri seorang penghibur.

“Mereka menunjukkan kesungguhan, mempunyai citarasa dan suara yang bagus sekaligus melengkapkan pakej yang perlu ada pada diri seorang penyanyi,” tambahnya lagi.

Disebabkan ketegasannya, suami Emelda Rosmila ini tidak menafikan ada juga peserta uji bakat yang menjadi gugup dan takut apabila berhadapan dengannya.

“Mungkin mereka merasa tergugat kerana saya garang dan awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak terlalu berangan-angan untuk menyertai AF9 jika tidak betul-betul bersedia,” ujarnya.

Uji bakat AF9 disambung pada Ahad, 13 Februari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang di lokasi yang sama. Pada 28 hingga 30 Januari lalu, uji bakat AF9 turut berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Selain itu, pihak produksi AF9 turut membuka peluang untuk uji bakat secara dalam talian yang telah berakhir pada 27 Januari lalu. Kira-kira 372 klip video nyanyian yang dimuat naik oleh para peserta menerusi laman sesawang rasmi AF9 iaitu www.akademifantasia.com.my.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails