Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Chinta pengubat hati Fasha Sandha


PUTUS cinta dan isu panas gara-gara berbikini di Bali, Indonesia yang terjadi ke atas diri Fasha Sandha pada awal tahun ini kini menjadi sebahagian daripada lipatan hidup aktres tersebut.

Percintaan yang tidak kesampaian yang dijalin bersama bekas suami aktres Nora Danish, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai mungkin cuba dilupakan oleh pelakon drama bersiri Samson Delaila.

Biar seribu kali Fasha cuba untuk tidak membicarakan tentang kisah percintaannya, mustahil kenangan bersama Jejai dapat dilupakannya dalam sekelip mata.

Tiada siapa yang tahu di sebalik senyuman manis yang dilemparkan, gadis yang cukup selesa dengan imej berambut panjang itu menyimpan cerita duka di hatinya.

Biarpun kata Fasha dia sudah menemui cinta baru, namun benarkah lara di hatinya itu sudah terubat?

“Saya kini bahagia kerana sudah ada cinta baru. Maaf saya tidak mahu mengulas apa-apa lagi tentang Jejai.

“Apa yang berlaku sebelum ini biarlah ia menjadi sejarah dalam hidup saya,” ringkas kata-kata yang dilontarkan oleh Fasha.

Menebak tentang cinta baru yang dimaksudkan oleh Fasha, ia sebenarnya adalah kerjaya barunya sebagai pemilik pusat solekan dan dandanan rambut, Chinta Hair Salon & Beauty yang dilancarkan baru-baru ini.

Andai empat tahun lalu, si jelita ini hanya mampu memasang angan-angan untuk mempunyai perniagaan sendiri, kini dia sudah mampu tersenyum riang kerana mimpinya itu kini membuahkan kenyataan.

Berbekalkan wang hasil lakonan dalam siri Chinta, gadis kelahiran Johor Bahru itu sebenarnya mengambil tajuk drama tersebut yang menjadi perhatian ramai sebagai nama salonnya itu.

“Syukur berkat kesabaran saya selama empat tahun, akhirnya dapat saya juga membuka salon impian saya.

“Daripada wang lakonan saya dalam siri Chinta itulah yang saya guna dan laburkan untuk membuka salon ini,” katanya.

Melangkah ke dunia perniagaan sebenarnya merupakan satu cabaran baru yang ditempuhi oleh Fasha untuk tahun 2011.

Ini kerana fokusnya tahun ini, selain menterjemah lebih banyak watak dalam lakonan ialah mengembangkan perniagaannya itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails