Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Scha, Awal bakal bertunang


KAK Pora cuma mampu berdoa yang terbaik jika cerita yang disampaikan kepada Kak Pora ini benar. Perkara mulia apa salahnya dikongsi, sekurang-kurangnya ia menjadi doa yang akan disudahi dengan kebaikan. Kak Pora harap Scha Al-Yahya dan teman lelakinya, Awal Ashaari tak marah bila Kak Pora menulis perkara ini. Mana tahu jika mereka merancang kejutan tetapi Kak Pora terlebih dulu menghidunya.

Kak Pora dapat tahu pasangan sama cantik sama padan ini sudah mula merancang hari bahagia mereka. Ada orang berbisik kepada Kak Pora, Scha dan Awal sudah menemui pereka kegemaran untuk berbincang mengenai tempahan pakaian pada majlis pertunangan mereka nanti. Betul ke Scha dan Awal? Jangan nanti bertunang dalam diam pula. Kak Pora rasa peminat Scha dan Awal pun dah tak sabar menanti hari bahagia mereka berdua.

Setakat ini Scha dan Awal belum lagi membuka mulut mengenai perkara itu. Kalau ditanya pun, jawapan diberi cuma memaklumkan hubungan mereka masih baik.

Scha sendiri memang berat membuka mulut jika ditanya lebih mengenai hubungannya dengan Awal. Nak merakamkan gambar berdua pun terpaksa ambil curi-curi, inikan pula beriya-iya bercerita perihal cinta mereka.

Sejak putus cinta dengan aktor, Fahrin Ahmad, Scha dah serik berbicara hal berkaitan soal hati. Bimbang betul dia jika pisang berbuah dua kali. Kak Pora harap Scha dan Awal bersikap terbuka apabila tiba hari itu nanti. Apa nak ditakutkan kepada populariti? Datuk Siti Nurhaliza dan Rosyam Nor tetap unggul malah diangkat peminat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular selepas berkahwin.

Rezeki seseorang di tangan Tuhan. Mana tahu doa orang ramai tanpa disangka akan melonjakkan rezeki Scha dan Awal nanti.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails