Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

KD Berdebar Menghitung Hari Pernikahan


JAKARTA: Biarpun bukan kali pertama menantikan hari pernikahan, bekas isteri Anang Hermansyah iaitu Kris Dayanti (KD) mengakui tetap berdebar menantikan detik bahagia itu bersama kekasihnya Raul Lemos.

Kata KD ia berikutan terlalu banyak jangkaan dan pertanyaan kepadanya tentang pernikahan tersebut.

“Saya rasa cemas dan berdebar kerana terlalu ramai yang bertanyakan hal itu. Tapi ini bukan kali pertama (berkahwin) seharusnya kami merasakan ia biasa-biasa sahaja.

“Mudah-mudahan dengan pernikahan ini kami boleh hidup bahagia seperti dahulu,” katanya.

Jelas KD dia tidak mahu terus dipersalahkan dalam hal penceraianya bersama Anang sedikit masa dulu.

“Sekarang saya sedang mempersiapkan diri dari segi mental sahaja, kalau persiapan lain sudah disiapkan.

“Maklumlah, bakal suami saya ini bukan dari kalangan orang dalam industi ini. Jadi dia masih sukar untuk menerima tentang keterbukaan hidup sebagai selebriti,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails