Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya solat istikharah - Rozita



SEJAK tak jadi bersara ni, makin naik saham dramatis popular Rozita Che Wan. Khabarnya, tawaran berlakon tak henti, sana sini datang macam air hujan turun mencurah-curah. Untung betul jadi Rozita walaupun berstatus janda mempunyai dua anak lelaki teruna.

Tapi yang pelik sekarang, Rozita seolah-olah tak suka ditemubual. Contohnya, pagi Rabu lalu di Damansara. Lepas tamat pratonton filem Kembar Siang lakonannya, dia enggan ditemubual oleh pihak media. Alasannya kerana perlu bergegas ke majlis pelancaran program-program tv pula.

Kenapa jadi macam tu? Takkan Rozita takut nak jawab secara berdepan kenapa tak jadi bersara selepas satu Malaysia tahu dia nak tinggalkan dunia seni akhir tahun lalu.

“Sebenarnya, memang saya nak bersara pun. Tapi saya ada sebab untuk terus berlakon. Bukan saya nak propa atau menipu orang ramai. Saya ada alasan tapi terlalu peribadi nak saya bagi tahu,” katanya kepada wartawan ARIF NIZAM ABDULLAH dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF pada majlis di sebelah petang itu.

Rozita yang kini tampil dengan imej rambut lurus turut menjawab mengenai tawaran menjadi Artis Residen Astro, suka lelaki muda dan kenapa dia jauh hati dengan Pancaindera.


BETULKAH Rozita suka melarikan diri daripada wartawan sejak tak jadi bersara?

Mana ada saya larikan diri. Pagi tadi memang saya tak sempat untuk ditemubual lepas pratonton filem Kembar Siang. Pasal saya kena berkejar ke Restoran D’Saji, Jalan Semarak pula. Nak balik rumah cepat dan tukar baju.

Sejak tak jadi bersara ni, banyak sangatkah tawaran berlakon?

Alhamdulillah, jadual berlakon saya penuh sampai bulan Jun. Saya baru habis penggambaran drama Iparku Diva, lepas ini drama 13 episod Bila Suami Jadi Suri diikuti drama Mencari Wardah. Lepas itu lagi ada dua filem, dua telemovie dan 13 drama episod.

Semua drama itu di Astro saja atau stesen televisyen lain?

Kebanyakan di Astro dan TV2. TV3 tak ada.

Jadi, sahlah nak jadi Artis Residen Astro lepas ni?

Benda ni saya tak boleh komen pasal tidak ada surat hitam putih lagi. Kalau ada berita baik nanti saya akan maklumkan kepada semua orang. Bagi saya tak elok dok bercerita benda yang tak jadi lagi.

Bila ditawarkan oleh Astro?

Minta maaf sangat. Saya tak nak cakap apa-apa.

Tapi tak rugikah kalau jadi Artis Residen Astro? Boleh keluar di satu stesen sahaja. Kasihan peminat Rozita di stesen-stesen televisyen lain.

Saya rasa semua rumah sekarang dah ada Astro kot. Dia orang boleh tengok drama saya lagi, jadi tak timbul isu saya dah tak keluar di stesen lain. Tapi saya sedar, jadi Artis Residen ni ada untung dan rugi kepada karier saya.

Rozita dulu dok canang satu Malaysia nak bersara daripada dunia seni akhir tahun lalu. Siap bagi tarikh 19 Disember hari terakhir berlakon. Tiba-tiba tak jadi pula. Kenapa?

Kalau ikut kontrak tawaran, hari terakhir saya berlakon pada 25 Disember tahun lalu. Lepas tu sepanjang bulan Januari saya langsung tak berlakon. Sebenarnya, memang saya nak bersara pun. Tapi saya ada sebab untuk terus berlakon. Bukan saya nak propa atau menipu orang ramai. Saya ada alasan tapi terlalu peribadi nak saya bagi tahu. Harap semua faham. Ikut hati saya dah tak larat nak berlakon. Saya juga dah buat solat istikharah.

Habis tu, apa petunjuk lepas solat istikharah?

Alhamdulillah, makin mencurah-curah tawaran berlakon sampai TV3 pun kecil hati pasal dulu saya ada tolak tawaran berlakon sebelum ni kerana nak bersara. Saya kena reda, kalau betul ini jalan hidup saya mencari rezeki, saya kena teruskan hidup dalam dunia seni. Saya bersyukur kerana murah rezeki sedangkan orang lain susah nak dapat rezeki. Bagi saya apa yang berlaku ada hikmah dan pengajaran. Bukan niat saya nak tipu. Kalau kita nak, tapi Tuhan tak izin memang tak jadi.

Tapi ada dakwaan kata Rozita tak jadi bersara kerana hilang punca pendapatan? Gara-gara putus cinta dengan Shah yang kerja di Singapura sebagai pengarah urusan. Betulkah?

Tak adalah. Saya dah lama putus cinta dengan Shah sejak Jun tahun lalu. Lagi pun saya dah ada butik ala gudang sendiri di Seksyen 23, Shah Alam. Jadi, siapa kata saya tak ada punca pendapatan.

Ramai juga yang cakap Rozita suka cari publisiti murah supaya nama kekal popular dalam industri setiap masa. Lebih-lebih lagi suka dikaitkan dengan lelaki muda atau anak ikan macam pemain bola kebangsaan, Asraruddin Putra Omar selain artis seperti Shahir dan Zain Saidin.

Wartawan yang buat publisiti macam tu kerana saya tak pernah panggil wartawan untuk bagi kenyataan. Tapi salahkah saya nak kawan dengan lelaki lain. Susah kalau macam ini jadi artis, asal keluar makan dengan mereka dah jadi gosip di suratkhabar dan majalah.

Habis tu macam mana kenal dengan lelaki-lelaki muda tu?

Saya kenal Asraruddin pasal temankan Ayu (Raudhah) dan Zaquan pergi dating. Masa dia orang tengah bercinta. Zaquan bawa Asraruddin. Habis tu saya dan Asraruddin nak buat apa bila Ayu dan Zaquan dok sembang berdua. Kami pun sembang berdua. Dah pula orang gosip saya dengan Asraruddin.

Shahir dan Zain pula?

Shahir pasal dia yang minat saya. Lagi pun kami pernah berlakon sama. Zain pula kerana kami rapat di set penggambaran. Saya tak pernah keluar dating dengan Zain atau pun Shahir. Semua orang salah faham. Habis tu saya tak boleh kawan dengan artis lelakilah macam tu. Semua nak gosip. Tapi lagi baik keluar dengan lelaki bujang dan muda daripada suami orangkan?

Jadi, memang tak betullah Rozita suka lelaki muda?

Tak ada. Sebelum ni pun saya pernah kena gosip dengan Datuk K, Tan Sri R, orang tak cakap pula saya suka lelaki tua. Kenapa perlu cakap saya suka lelaki muda? Kenapa tak cakap lelaki muda yang suka Rozita Che Wan?

Kalau macam tu, siapa teman lelaki baru sekarang?

Saya solo sekarang. Saya ini macam pantun orang tua, anak lintah tergedik-gedik, buah limau dalam paya, saya ini nak menikah tergedik-gedik, tapi orang tak mau tak upaya. Hahahaha...

Dengar cerita merajuk dengan Pancaindera pasal Joyah dan Siti Jarum kritik Rozita? Tak nak ditemubual di telefon dan tak nak buat artikel lagi di Pancaindera, betul ke?

Saya bukan apa. Dah tiga kali Pancaindera buat tiga artikel buruk pasal saya. Suratkhabar lain tak pernah tulis pun. Saya memang jenis transparen. Kalau saya tak nak, saya cakap terus-terang. Tak suka simpan dalam hati. Tapi kalau dah berjumpa berdepan macam ini, memang tak boleh elak kena temu bual. Tapi kalau dalam telefon, saya boleh elak lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails