Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kesal dengan A. Aida


APA sebenarnya yang nak dikecohkan oleh A. Aida sebenarnya? Yang membuat saya menulis di ruangan ini adalah kerana kenyataan dia yang tidak puas hati dengan pelakon Sheera Iskandar melalui Halimah Jonggang.

Ada patut dia boleh kata pelakon ini popular kerana drama Halimah Jongang semata-mata. Kalau tidak pelakon ini tidak popular mana pun. Yang saya tahu Sheera Iskandar kalau tak berlakon dalam drama arahan A.Aida pun dia memang telah popular menerusi drama yang diarahkan oleh produksi Yusuf Haslam.

Lagi membuatkan saya panas dia boleh kata kalau Sheera berlakon percuma pun dia tak mahu! Janganlah merosakkan rezeki orang dengan kenyataan begitu. Sikit-sikit mahkamah, tak ada cara lain ke?

Hidup ini hanya sementara suatu hari pasti kita akan ke sana juga. Janganlah mencari musuh di dunia ini hanya dengan perkara yang remeh temeh. Salam terima kasih dari pemerhati di luar sana.

* JUNAINAH,

Kuala Lumpur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails