Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kris Dayanti sah isteri Raul Lemos


JAKARTA 20 Mac - Biar apa sekalipun pandangan kurang manis dilemparkan oleh masyarakat kepadanya selama ini, penyanyi Kris Dayanti hanya mampu mendoakan pernikahannya dengan Raul Lemos dirahmati Allah.

Menurut penyanyi termasyhur Indonesia itu, dia percaya pernikahan kali keduanya dengan usahawan yang berasal dari Timor Leste yang berlangsung hari ini menyimpan hikmah yang cukup besar.

"Saya percaya segala kesabaran saya selama ini akan membuahkan kemanisan. Hari ini merupakan hari paling menggembirakan saya kerana akhirnya saya dan Raul disatukan sebagai suami isteri. Saya terlalu bersyukur," ujarnya kepada Utusan Malaysia sejurus selepas dinikahkan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya di sini hari ini.

Perasaan yang sama diluahkan Raul atau nama sebenarnya Raul Dos Reis Lemos yang menyatakan hatinya sangat lapang ketika ini.

"Saya berasa amat lega. Syukur pada Allah. Saya mengharapkan masyarakat akan mendoakan kebahagiaan kami," jelas Raul yang mengakui sangat gementar ketika diijabkabulkan dengan artis popular itu.

Kris dan Raul, masing-masing yang pernah gagal dalam perkahwinan pertama sebelum ini dinikahkan oleh bapa Kris, Trenggono.

Hanya dengan sekali lafaz, Raul yang menghadiahkan kelengkapan solat kepada Kris sebagai mas kahwin sah menjadi suami kepada penyanyi yang juga bekas isteri penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.

Sejurus selepas dinikahkan, Raul mengucup bibir dan dahi Kris sebelum kedua-duanya menemui orang tua masing-masing untuk memohon restu.

Kris yang juga ibu kepada dua cahaya mata turut menitiskan air mata saat membaca nota penghargaan kepada ibu bapanya sebelum acara akad nikah berlangsung.

Majlis pernikahan berlangsung dalam suasana cukup sederhana dengan kehadiran 100 orang tetamu. Ibu Raul, Esmerald yang kini menetap di Lisbon, Portugal turut hadir memberi restu kepada anak dan menantunya itu.

Artis-artis terkenal seperti Rossa, Desi Ratnasari, Maia Estianti dan lain-lain turut hadir memeriahkan acara. Pasangan itu juga akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Hotel Mulia di sini pada 25 Mac ini.

Puluhan wartawan yang mewakili pelbagai media cetak dan elektronik tempatan hanya dibenarkan mengadakan liputan pernikahan itu di luar dewan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails