Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pasha (Ungu) Tak Benar Bakal Isteri Bekerja


VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha memberitahu dia mengimpikan seorang bakal isteri yang boleh menguruskan hal rumah tangga termasuk menjaga anak-anaknya.

Bakal isterinya, Adelia Wilhelmina yang ditemui memberitahu telah melepaskan jawatannya di sebuah syarikat penerbangan Indonesia.

“Sebelum ini Pasha sudah beritahu untuk memiliki isteri yang duduk di rumah dan menjaga hal rumah tangga sahaja. Saya mahu jadi isteri yang patuh, sekarang saya sudah sedia untuk jadi isteri Pasha,” katanya.

Bukan itu sahaja, Pasha turut tidak mengizinkan bakal isterinya itu menjadi seorang penyanyi profesional, biarpun kedua bakal pengantin itu telah merakam sebuah lagu duet sempena perkahwinan mereka.

Semua persiapan perkahwinan sudah siap dan hanya menunggu harinya sahaja. Sehari sebelum majlis pernikahan kami akan mengadakan acara mengikut adat Sunda.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails