Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mahathir jadi penyanyi?


MUNGKINKAH penghibur bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak atau lebih mesra dipanggil Kak Nita, akan berduet dengan suaminya, Mahathir Abdullah (Abang Mahathir) pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, 6 April ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)?

Soalan itu dilontarkan oleh Hits kepada Abang Mahathir yang turut hadir pada sidang akhbar yang diadakan di Plenary Hall, SACC bagi menguar-uarkan persembahan Kak Nita bersama Noryn Aziz sempena Minggu Setiausaha, Fabulous Secretari’s Week Luncheon.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Datuk Zulkifli Mohamad dan Pengerusi Seira Management Sdn. Bhd., Datuk Mohammad Adan.

Mendengar soalan yang juga merupakan cabaran buat Abang Mahathir, Kak Nita berkata, “Mengapa tidak? Itu satu saranan yang baik.

“Macam mana Abang Mahathir? Berani sahut?

“Kali pertama Kak Nita berduet dengan Abang Mahathir ialah pada tahun 2001, dalam satu persembahan yang diadakan di Bukit Jalil,” kata Anita.

Pada tahun 2001, Anita mengadakan konsertnya di Bukit Jalil dan lagu duet bersama Abang Mahathir yang didendangkan berjudul Livin La Vida Loca yang dipopularkan oleh Ricky Martin.

Mendengarkan jawapan yang diberikan oleh isterinya itu, Abang Mahathir memberitahu, dia akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

“Terima kasih kerana meletakkan saya di bawah lampu pentas (Thank you for putting me under the spot light).

“Saya tak pernah memikirkan tentang itu (nyanyi bersama Anita) tetapi apabila anda membangkitkan soal itu, saya akan mempertimbangkannya,” kata Abang Mahathir sambil ketawa.

Berbalik kepada persembahan Anita dan Noryn sempena Minggu Setiausaha, majlis diadakan untuk makan tengah hari, bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Pada persembahan itu, ia membawa tema Divas Las Vegas yang mana, jelas Kak Nita, para setiausaha yang hadir tidak semestinya berpakaian bulu-bulu untuk menepati tema.

“Tidak perlu datang pakai baju bulu-bulu, yang penting berpakaian glamor walau pun pakaian pejabat.

“Kita ada hadiah bernilai RM100,000 berupa barangan kemas serta set perabot mewah untuk diberikan kepada mereka yang hadir termasuk yang terpilih sebagai pemenang pakaian terbaik,” ujar Anita.

Menyentuh tentang persembahannya kelak, diva kesayangan ramai ini berkata,

“Kena datang dan tengok sendiri persembahan Kak Nita, namun lagu-lagu yang akan Kak Nita nyanyikan semuanya irama rancak.

“Cadangan lagu Kalau Berkalau daripada rakan media juga akan Kak Nita nyanyikan. Lagu Seksis pun ada juga.

“Kak Nita akan menyanyi secara minus one, bukan diiringi pemuzik. Minus one K ak Nita disediakan oleh Helen Yap.

“Itulah juga sebabnya mengapa Kak Nita tak boleh nak berduet dengan Noryn seperti mana yang pernah Kak Nita lakukan bersama Sheila Majid (Datuk Sheila Majid) dalam persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun lepas.

“Akan tetapi, Kak Nita tak bolehlah nak bagi kata putus kerana apa sahaja boleh berlaku pada hari persembahan nanti,” katanya yang akan tampil mengenakan kostum rekaan Ashley Wong @ Kapas pada hari itu nanti.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails