Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Setiausaha, tolong kawal diri! - Anuar Zain


Masuk bulan Mac ni, memang penuh jemputan Joyah ke majlis sidang akhbar Minggu Setiusaha yang bakal berlangsung sepanjang April nanti.

Paling ditunggu-tunggu siapa lagi kalau bukan penyanyi kacak idaman Malaya, Anuar Zain. Rasanya tak ada wanita yang tak tergila-gilakan abang Anuar kita ni.

Tambah pula lagu dia Sedetik Lebih tengah popular sekarang. Mesti ramai yang akan serbu persembahan Amazingly Anuar Zain April's Affair sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan.

Tapi yang buat Joyah tak berapa berkenan bila bab Anuar jawab sama ada adegan memeluk dan mencium dirinya pada acara yang sama tahun lalu akan berlaku lagi tahun ni.

Kata dia, semuanya berlaku secara spontan dan tidak boleh dielakkan. Lagi pun, acara begitu hanya berlangsung setahun sekali dan sememangnya untuk meraikan para peminat daripada golongan setiausaha. Biarkanlah, jawab Anuar lagi.

Jadi, nasihat Joyah pada semua setiausaha terutama wanita yang nak hadir tengok persembahan Anuar nanti, tolong kawal diri anda.

Jaga maruah diri dan tak perlulah nak peluk cium Anuar bila dia turun ke bawah pentas. Tolong ya, cukup-cukuplah sekadar menghayati vokal jantan Anuar tu.

Kalau rasa tak boleh tahan sangat perasaan seronok dapat jumpa Anuar tu, ambil gambar sebagai kenangan pun dah memadai.

Joyah bukan apa, malu bila orang lelaki macam Anuar cakap kaum wanita yang terhegeh-hegeh nak peluk dan cium dia.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails