Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ziana Zain Tiada, Ziana Zain 2 Terus Tinggalkan Acara


Kesian pulak Murai Batu bila dengar citer pasal peminat nombor satu, Ziana Zain iaitu Ziana Zain 2. Disebabkan dapat tahu idolanya, Ziana Zain akan menjayakan rakaman untuk program Mentor Raya kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dia sanggup datang ke situ.

Jadi, dia pun melaramlah pakai blouse dan skirt kembang panjang yang berwarna hijau lumut. Kebetulan, memang warna hijau adalah warna kegemaran Ziana Zain. Siapa yang betul-betul minat dengan Ziana tahulah.

Malangnya, Ziana Zain tak dapat datang dan dia sudah pun memaklumkan hal tersebut kepada pihak produksi Mentor kira-kira 2 hari yang lepas. Alasan yang diberikan oleh Ziana adalah kerana dia mempunyai urusan keluarga.

Entah macam mana, Ziana Zain 2 langsung tak tahu menahu tentang hal tersebut. Jadi, bila ada peminat yang nampak dia cuba melangkah ke kawasan perkarangan studio Plaza Alam Sentral tersebut, adalah orang kat situ yang beritahu dia, Ziana Zain tidak ada.

Tapi, dia macam tak percaya. Dia pun cepat-cepat masuk dalam studio rakaman tu. Kemudian ada kakitangan TV3 kasitau dia, Ziana Zain tak dapat datang.

Bila dengar saja berita tu, ramai yang nampak betapa frustnya Ziana Zain 2. Malah, baru saja rakaman tu nak bermula, Ziana Zain 2 sudah pun bergegas meninggalkan studio rakaman tersebut.

Sampai ke sudahnya, tiada siapa pun yang nampak kelibatnya. Agaknya dia balik rumah terus kot sebab Ziana tiada. Begitulah hebatnya pengaruh Ziana Zain....Walaupun ada artis lain yang hebat-hebat, tapi dia tetap setia pada yang satu iaitu Ziana Zain - the songstress diva!artikel dari murai.com
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails