Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Zahiril takut stereotaip

TERJEBAK dalam pencarian Juwita, gadis hilang yang cuba dikesan sendiri oleh kakaknya yang bernama Anggun, Zahiril Adzim sedar dia tidak boleh sekadar berpeluk tubuh. Mahu tidak mahu, permasalahan yang menghantui Anggun harus dicampuri agar satu lagi marabahaya boleh dihindari. Misi Zahiril, selain mengekori langkah Anggun, dia tidak mahu menambah tekanan kepada naskhah yang sudah cukup memenatkan minda ramai pada hematnya itu. “Semasa baca skrip, saya sudah dapat rasai, ia sebuah drama yang berat. Semua watak ada permasalahan dan pencarian. Sebagai Haider, seorang pemuzik serta bekas tunang Anggun yang sudah berhijrah ke Kuala Lumpur. Apabila Juwita hilang, saya jadi sandaran Anggun untuk menemaninya sepanjang pencarian Juwita di kota. “Saya kena temankan ke mana sahaja langkah Anggun, jadi dengan dan muka dan emosinya yang tertekan, saya tak mahu menambahkan lagi tekanan sebaliknya jadi elemen untuk menterbalikkan emosi. Saya mahu beri warna kepada naskhah itu,” katanya menyimpan ragu, takut-takut kerja lakonnya dilihat stereotaip. Pernah melakonkan watak komedi dalam Paan & Paiz di TV3, kata Zahiril, itu percubaan pertama dirinya untuk bermain watak kelakar dari awal hingga ke akhir cerita. “Itu sebenarnya satu eksperimental daripada saya, orang asyik tengok saya dengan watak-watak berat, jadi saya cuba alihkan perhatian. Kalau ada yang suka, okey, tak suka pun saya okey,” katanya yang kini muncul dengan Mana Hilangnya Juwita. Mengisi slot yang ditinggalkan Jangan Ambil Padang Kami, sesuatu yang menarik mengenai drama berkenaan ialah pendekatan ia dipromosikan untuk meyakinkan penonton. Sekadar meletakkan tema penculikan remaja sebagai umpan tarikan, benarkah drama terbitan Padi Pictures Sdn. Bhd. itu menjanjikan tontonan luar biasa untuk sesebuah drama tempatan? “Untuk kami yang berada di lokasi penggambaran, kami hanya mahu penuhi kemahuan pengarah sahaja, kemahuan penonton belum tahu lagi bagaimana. Apabila ia dipromosikan sebegitu rupa, tambahan pula menggantikan slot drama yang jadi ikutan ramai sebelum ini, sedikit sebanyak perkara itu satu desakan kepada para pelakon. “Skripnya bercerita tentang kehilangan dan pencarian Juwita. Saya terfikir juga, hanya dengan satu penculikan bagaimana ia hendak bercerita sehingga 15 episod. Bila baca skrip, siapa Juwita juga tidak diberi gambaran yang jelas. Puaslah kami bertanya siapa dan mana Juwita, pertanyaan itu sudah macam mainan kami di lokasi. Dari situ saya dapati, seorang diculik nampak kecil tapi impaknya besar di mata masyarakat. Jadi Mana Hilangnya Juwita ada rasional,” katanya turut terhimpit nama besar semasa di lokasi. Tambahnya: “Bila berlakon dengan nama-nama besar seperti Lisa Surihani, Datin Paduka Umie Aida serta Erra Fazira, saya tak mahu sekadar jadi tempelan di situ. “Seperkara lagi, apabila sesebuah drama sanggup meletupkan kereta, bagi saya itu satu percubaan yang bersungguh-sungguh. Secara tak langsung ia menaikkan tahap produksi drama itu sendiri. Kalau pun jauh lagi untuk cecah tahap CSI, tapi Mana Hilangnya Juwita cuba ke arah itu supaya tidaklah nanti orang kata, drama Melayu ‘setakat itu’ sahaja,” katanya yang sudah sebulan terbabit dengan penggambaran drama berkenaan. Bersiaran sebanyak 15 episod, drama arahan Joeza Rasidi yang mula disiarkan 9 Julai lalu itu menjadikan isu penculikan sebagai tema. Setelah menyedari adiknya hilang tanpa dikesan, Anggun sanggup meredah risiko untuk mencari jawapan. Dia berdepan dengan sebuah dunia yang tidak terjangka selama ini. Selain Zahiril sebagai Haider yang bergandingan dengan Lisa Surihani, drama yang menemui penonton setiap Isnin pukul 10 malam di Astro Ria itu turut dibarisi pelakon handalan lain seperti Erra Fazira, Datin Umie Aida dan Azhan Rani. Ia turut dibantu oleh Syazwan Zulkifly, Raja Ilya dan Diana Johor.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails