Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Di mana Norish?

Kalau sudah namanya perempuan, tak akan dapat lari daripada dugaan dan cabaran kehidupan yang bertalu-talu mendatang. Kelihatannya kehidupan pelakon Norish Karman begitu sarat dengan pelbagai kisah yang menjadi tanda tanya sejak kebelakangan ini. Selepas dikaitkan dengan kontroversi perceraian, percintaan dengan 'anak muda' sehinggalah cerita melahirkan anak secara rahsia di sebuah hospital, bertalu-talu menerjah. Terkini, khabarnya ibu pelakon ini sedang tenat di Singapura, sekitar tiga minggu lalu. Sebab itu Norish sukar dikesan untuk mendapatkan kenyataan terkini tentang kontroversi dirinya, pulang ke Singapura rupa-rupanya. "Norish tak lari. Dia bukan mengelak diri daripada wartawan. Sebenarnya banyak kejadian berlaku dan dia perlu ambil masa untuk tampil dan bertemu dengan media. Baru-baru ini dia pulang ke Singapura untuk menjaga ibunya yang tidak sihat di sana. "Lagipun tawaran berlakon semakin menjadi-jadi, itu sebab sebenarnya Norish tidak muncul di media. Dia bukan sembunyi tetapi sampai masanya dia akan muncul juga kerana dia memang memerlukan media bagi mempromosikan album nyanyiannya," kata satu sumber kepada Hits. Hmmmm, begitu kaedahnya. Setahu kami, Norish memanglah perempuan bersemangat kental dan waja, takkan mengalah dengan hinaan dan kejian orang. Apa yang lebih penting, dia masih meneruskan kerjaya seni dengan aktif, sana sini persembahan pentas dan sesekali mengacara. Tawaran berlakon juga tidak putus-putus buat dirinya. Cuma, sementelah orang dok kecoh tentang isu kononnya dia bersalin baru-baru ini dan gambar itu sudah tersebar merata-rata alam, eloklah Norish muncul dan bercerita tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kalau betul bayi bernama Alaxander Abdullah itu anaknya sendiri, mengaku sajalah. Kalau sebaliknya, tentu ada satu cerita yang hendak dikongsikan dengan orang ramai. Kita sama-sama tunggu sajalah bila masa dia bersedia untuk cerita.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails