Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ilyka gemar berkonvoi

WAH! Nampaknya ramai betul artis wanita tempatan hari ini yang sukakan motosikal berkuasa besar. Selain Fauziah Latiff, Linda Onn dan Dira Abu Zahar, rupa-rupanya Ilyka juga meminati dunia yang sama. Malah kata Ilyka, 39, sewaktu Hits bertemu dengannya baru-baru ini, setiap minggu dia akan berkonvoi bersama suaminya, Datuk Ahmad Azizi Ali dengan kumpulan Harley Owners Groups (HOG). “Suami bawa motor, saya pembonceng sahaja. Sudah setahun kami menyertai HOG. Seronok sebab setiap minggu, ada sahaja destinasi baru yang kami pergi. “Selalunya kumpulan kami bergerak antara 20 hingga 50 buah motosikal. Kami akan pergi ke mana sahaja. Memang seronok dapat bercuti ramai-ramai begini," katanya. Menurut Ilyka, sewaktu perjalanan, dia berpeluang melihat keindahan alam semulajadi dan berkenalan dengan ramai orang. “Memanglah letih sebab duduk lama atas motor, tidak boleh nak baring macam dalam kereta tapi berbaloi. Kiranya hujung minggu adalah masa saya bersama suami. “Kalau kami ikut konvoi, Arisya (anak), akan tinggal bersama saudara. Dia tidak kisah sebab dah besar. Lagipun ke mana pergi, mesti ada buah tangan untuknya," cerita Ilyka. Kata Ilyka atau nama sebenarnya, Zuraila Mohd. Yassin, biarpun sibuk dengan rumah tangga, namun jiwa seninya tidak pernah padam. Dia yang kali terakhir tampil dengan single Sistematik pada 2010 berkata, sehingga sekarang undangan persembahan tidak pernah putus. “Saya bersyukur kerana suami tidak pernah menghalang. Lagipun, mana mungkin saya berhenti menyanyi kerana bidang itu sudah sinonim dengan diri. “Tengoklah kalau ada rezeki dan lagu yang bersesuaian, saya mungkin akan buat rakaman baru. Semua itu bergantung kepada keadaan," katanya yang pernah popular dengan lagu Diusung Duka sewaktu kemunculan awal dalam bidang seni suara.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails