Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mahligai utuh Irma, Redza

SIAPA sangka, melalui pandang pertama di Tanah Suci di Mekah, kini terjalin sudah ikatan sah antara dua insan yang telah ditakdirkan bersatu ini. Tanggal 29 Jun lalu, dengan sekali lafaz, akhirnya Irma Hasmie sah bergelar isteri kepada Redza Syah Azmeer, seorang ahli perniagaan. Busana putih yang dikenakan oleh pasangan tersebut menambahkan lagi seri majlis yang diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Dihadiri kira-kira 500 orang tetamu jemputan serta kenalan rapat mereka, air mata Irma dilihat mengalir sebaik sahaja sah diijabkabulkan, tanda kesyukuran dan juga terima kasih kepada Allah kerana telah memberi laluan yang baik kepada mereka untuk bergelar suami isteri. “Jujurnya saya akui, saya merasa sebak kerana hubungan kami yang terjalin selama lebih kurang lima bulan ini diakhiri dengan sesuatu yang cukup manis, lebih-lebih lagi ia berjalan dengan lancar. “Malah hari pernikahan kami (Jumaat) merupakan hari yang sangat istimewa. Segala perkara berjalan dengan lancar dan mudah. “Malah saya turut terharu dengan sokongan yang diberikan terhadap majlis ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya," ujarnya sambil cuba menahan sebak. Tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila sudah bergelar isteri, Irma mengakui kisah perjalanan pertemuan bagaikan sudah diatur walaupun hanya berlaku dalam masa yang cukup singkat. “Saya mula bertemu dengan Redza ketika saya sedang mengerjakan umrah. Ketika itu, pada tawaf umrah yang ketujuh, saya telah bertemu dengan ahli keluarganya. “Pada ketika itu, ibu dia mula menegur saya dan segalanya bermula di situ. Malah ibunya juga sempat menyampaikan hajat untuk menjodohkan saya dengan Redza sebaik sebelum mereka pulang ke tanah air. “Akhirnya kami mengikat tali pertunangan pada Mac lalu dan kini saya rasa sangat bersyukur kerana hubungan ini disimpulkan melalui ikatan yang sah," ujar Irma sambil tersenyum manis. Tambah Irma lagi, sifat bertanggungjawab Redza dan juga penuh dengan kasih sayang, membuatkan dia jatuh hati kepadanya. “Pertemuan dan perkenalan kami terjalin pada waktu dan tempat yang benar dan perkara ini membuatkan saya langsung tidak berasa ragu-ragu dengan pilihan ini. “Malah saya menyifatkan, pilihan ini merupakan pilihan terbaik yang Allah berikan kepada saya. Ini merupakan satu anugerah dan juga hadiah yang cukup berharga buat saya. “Saya rasa sangat bersyukur kerana tidak sangka perjalanannya perjalanannya akan berakhir semanis ini," ujarnya yang sempat melirik pandangan terhadap suaminya itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails