Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rahsia kejelitaan Angeline

SEWAKTU Angeline Tan menghadiri majlis pelancaran sitkom Ana Enta di ibu negara baru-baru ini, dia mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita. Ini bukan cerita yang direka-reka ya. Tetapi itulah yang berlaku apabila ramai yang menghampirinya untuk meminta tip kecantikan. Mana tidaknya, dari dulu sehingga sekarang, Angeline tetap maintain seperti anak dara walaupun dia sudah berumah tangga dan mempunyai sepasang cahaya mata yang kini meningkat dewasa. Tetapi usahlah mengharap untuk Angeline membuka rahsia tentang usianya yang sebenar. Dia tidak kisah untuk berkongsi dengan wartawan yang menemuramahnya tetapi semuanya off the record! Jadi, kepada pembaca budiman, minta maaflah. Tak dapat Hits nak kongsikan dengan kalian kerana permintaan Angeline sendiri. Kata aktres yang cukup popular dengan watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu, dia tidak mempunyai sebarang rahsia kecantikan. "Apa yang penting adalah hati. Semuanya kena baik dan jujur. Bukan itu sahaja, saya juga jarang mengenakan mekap tebal jika tiada sebarang penggambaran. "Saya juga ada rutin penjagaan wajah. Kalau peminat tanya, ini juga jawapan saya. Usah sesekali tidur tanpa mencuci wajah. Cuci dua kali sehari, itu sudah memadai," katanya ramah. Sememangnya sikap Angeline yang penuh rendah diri itu membuatkan dia cukup disenangi ramai. Tak mustahil itulah juga faktor mengapa dia mampu bertahan dan diminati sehingga ke hari ini. Sepanjang perbualan, banyak juga yang dikongsikan termasuklah bagaimana dia sebenarnya melalui kehidupan yang cukup sederhana. "Apabila di luar skop tugasan, saya hanyalah wanita biasa. Menjalani hidup seperti orang lain. Ke mana sahaja saya pergi, tidak pernah saya meletakkan diri sebagai seorang artis. "Sehinggakan pada majlis penyampaian hadiah anak saya, barulah guru-gurunya tahu bahawa saya adalah ibunya. Anak-anak saya pun tidak pernah mencanangkan siapakah ibu mereka," ujarnya sambil ketawa kecil. Jika masyarakat sering melihat artis sebagai idola tetapi bagi Angeline, dia menganggap semua orang mempunyai keistimewaan tersendiri tidak kira apa status dan latar belakang mereka. "Pernah saya bertemu dengan seorang wanita ketika menjalani penggambaran di rumahnya. Sudah berusia tetapi dia masih lagi mampu menjaga kesihatannya dengan baik dan memiliki kecantikan tersendiri. "Tanpa segan-silu saya memberitahu bahawa saya ingin menjadi sepertinya. Apa yang ingin saya katakan, sesiapa sahaja mampu menjadi idola," ujarnya lagi. Mengulas tentang lakonannya dalam Ana Enta terbitan Balang Rimbun Sdn. Bhd. itu, Angeline mencabar dirinya dengan belajar bahasa Arab. Membawakan watak Jenny, dia mengharapkan agar ia dapat diterima dengan baik sekali gus dapat mencipta watak baru dan dikenali selain dengan panggilan Lucy. Buat peminat Angeline, pastikan anda tidak ketinggalan menonton Ana Enta yang ditayangkan setiap hari Ahad pukul 8.30 malam di TV AlHijrah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails