Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bersatu demi negara - Fida

SETIAP kali ada perkembangan terbaharu berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pasti jantung Rafidah Ibrahim berdegup cepat. Paling dibimbangi sekiranya terdapat berita membabitkan kehilangan nyawa di kalangan pasukan polis dan tentera bertugas mempertahankan kedaulatan negara di situ. Baginya bilangan 10 nyawa wira negara yang gugur di medan juang sudah cukup banyak. Dan penyanyi yang menyanyikan semula lagu Apo Kono Eh Jang ini selalu berdoa supaya jumlah kehilangan perwira itu tidak bertambah. Malah Rafidah yang mesra disapa Fida ini turut mengambil inisiatif menganjurkan solat hajat di Masjid Al-Iman, Kemensah Height, Kuala Lumpur malam Rabu lalu bagi mendoakan keselamatan pasukan polis dan tentera yang bertugas. Antara rakan artis yang menghadiri majlis solat hajat anjuran Fida itu ialah pelakon Zalif Sidek, Hafiz Nafiah, penyanyi Azmir Arif dan komposer Sheikh Qalam. “Saya selalu mengikuti cerita pencerobohan pengganas di Sabah sejak awal sehingga ke hari ini. Sedih rasanya dengan apa yang berlaku. “Sebagai rakyat yang prihatin, tak salah untuk saya anjurkan solat hajat untuk mendoakan anggota keselamatan bertugas. Saya berharap agar tiada lagi yang terkorban dan peperangan cepat berakhir," katanya. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut melahirkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang bertindak mempolitikkan insiden tersebut. “Maaf kalau ada orang yang mempertikaikan pandangan seorang selebriti terhadap isu serius sebegini. “Tetapi jujurnya saya sedih apabila ada cerita-cerita kurang enak timbul daripada peristiwa berdarah di sana. Walhal anggota keselamatan kita bermati-matian mempertahankan negara. “Saya juga sedih apabila ada di kalangan generasi muda yang tiba-tiba bersuara lantang dengan mengaitkan peristiwa berdarah di Sabah itu membabitkan agenda pihak tertentu," katanya yang turut menasihati anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang berlegar di Internet. Malah Fida yang berganding dengan Datuk AC Mizal dan Qalam Band bagi lagu Wan Lebor ini turut mengajak anak muda menanam semangat cintakan negara. Katanya, sudah tiba masa generasi muda bersatu agar Malaysia tidak tergugat apabila diserang anasir yang cuba memecahbelahkan keharmonian negara. “Selama ini saya tidak marah kalau orang kutuk saya. Tetapi saya boleh marah kalau orang kutuk Malaysia. Orang jenis ini memang tidak tahu erti perjuangan perwira negara terdahulu. “Sebab itu mereka mudah berkata tidak elok tentang negara dan memberontak jika ada perkara yang tidak kena. “Kalau sikap sebegini berterusan, lama kelamaan boleh menyebabkan orang kita jadi pengemis di negara sendiri," kata juara pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails