Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rashdan Baba kembali berlakon selepas setahun menyepi

Selepas setahun tidak bergiat dalam bidang seni lakon, kini Rashdan Baba, 44, mengambil keputusan untuk aktif semula. Rashdan atau nama sebenarnya Muhamad Rashdan Abdul Halim berkata, kali terakhir dia beraksi adalah menerusi drama Metro Skuad yang disiarkan di TV2 pada tahun lalu. Kata Rashdan, setiap kali mendapat tawaran berlakon ada sahaja halangan yang mendatang. "Saya bukan mengundur diri daripada dunia seni, cuma masa tidak mengizinkan untuk turun ke lokasi. "Tahun lalu saya banyak fokus kepada perniagaan e-dagang dengan menjual produk kesihatan melalui Internet," jelasnya. Katanya, dia mengambil keputusan untuk aktif semula kerana sering ditanya oleh para peminat yang tidak henti menyokongnya sejak 18 tahun lalu. "Setiap kali saya buka Facebook, ada sahaja peminat yang bertanya bilakah saya akan kembali berlakon. Itu yang membuatkan hati saya tergerak untuk kembali dalam dunia seni," katanya. Dalam masa sama dia juga sibuk mengembangkan perniagaan e-dagang dengan memberi motivasi kepada golongan mahasiswa agar menjadi seorang usahawan yang berjaya. - UTUSAN
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails