Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cita rasa cinta Syatilla

SUDAH dua tahun saya solo. Sekarang ini tidak ada teman lelaki". Pengakuan pelakon sedang meningkat naik, Syatilla Melvin, 22, yang sememangnya diragui banyak pihak. Biarpun kesangsian itu dipertikaikan namun pemilik nama penuh Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini memegang teguh pendiriannya. Malah anak kelahiran Parit Buntar, Perak ini mendedahkan bahawa fobia selepas putus cinta buat kali kedua kira-kira dua tahun lalu masih terasa sehingga ke hari ini. Lantaran tidak mahu hatinya kembali berdarah, Syatilla yang dikenali menerusi drama BFF - Teman Tapi Mesra di TV3 itu memutuskan untuk tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki buat sementara waktu. “Saya cuma ada dua orang bekas kekasih sepanjang hidup. Cinta pertama saya sewaktu berusia 16 tahun. Di alam persekolahan lagi saya sudah rasa sakitnya putus cinta. “Selepas itu saya bertemu dengan cinta kedua sewaktu umur 18 tahun. Saya bercinta dengan orang Shah Alam (Selangor) pun tidak kekal lama. Kami putus secara baik selepas dua tahun berkasih. “Syukurlah hubungan baik kami berkekalan sampai ke hari ini walaupun dia sudah berkahwin," kata Syatilla sambil berseloroh tidak mahu makan nasi minyak bekas kekasih buat kali ketiga selepas ini. Menafikan dirinya seorang playgirl dan mudah bertukar teman lelaki sebaliknya Syatilla menegaskan dirinya jenis yang sukar untuk mudah jatuh cinta. Bagi Syatilla hatinya berat untuk menyerahkan cinta dan kepayahan tersebut menjadi antara faktor utama pelakon ini sukar menyayangi lelaki. Namun pelakon drama Dalam Setiap Sujud di TV9 ini mengakui pernah beberapa kali memujuk hati untuk menerima lelaki yang menawarkan cinta terhadapnya. Bagaimanapun ternyata Syatilla sukar membuka hati kepada lelaki seperti itu tambahan pula dia sendiri memiliki gerak hati yang cukup kuat untuk menilai keikhlasan niat seseorang lelaki yang ingin mendampinginya. “Ada lelaki berhidung belang berani jumpa keluarga saya semata-mata mahu mengajak untuk berkahwin. Katanya mahu masuk meminang tetapi saya berkeras menolak sebab tahu niat jahat dia. “Jujurnya saya tidak cerewet dalam bab mencari kekasih. Saya adalah wanita biasa yang terpesona pada lelaki yang boleh berkorban demi saya selain ikhlas, setia, jujur, kelakar dan manja," kata Syatilla yang gemar memandang jejaka berambut pacak yang disifatkan sebagai kacak. Tiada sasaran umur Berbicara soal perkahwinan, Syatilla mengakui dia sudah mempersiapkan diri dengan ilmu rumah tangga seperti memasak supaya tidak kekok andai jodohnya tiba. Malah pelakon telefilem Wasilah Cinta dan Zombie Anak Mamu yang bersiaran di RTM ini tidak mahu sekiranya dilabel cantik tetapi tidak bijak mengurus rumah tangga kelak. Menerusi pemerhatian Syatilla terhadap kerukunan perkahwinan bapa, Amirul Melvin Abdullah, 66, dengan ibu, Rodiah Abd. Rahman, 46, juga mendorong keyakinan untuk bersedia memikul tanggungjawab penuh sebagai seorang isteri. “Urusan jodoh itu di luar kemampuan manusia. Tetapi tidak salah bukan kalau kita bersedia lebih awal. Mana tahu saya dipertemukan jodoh dalam tempoh terdekat. Dan sudah semestinya tidak akan menolak. “Misalnya ayah dan ibu, jarak beza umur 20 tahun bukan penghalang untuk mereka mendapat persefahaman sepanjang bergelar suami isteri. Saya nampak macam mana ayah berdiplomasi dengan ibu dalam situasi tertentu. “Mereka memberikan saya contoh terbaik untuk menjadi isteri yang baik. Insya-Allah," katanya yang tidak menyimpan hasrat tertentu untuk majlis perkahwinannya nanti. Syatilla turut menolak andaian mengatakan seseorang aktres perlu meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi sesuai dengan status mereka sebagai figura awam. Sam bukan kekasihku Mengulas tentang gosip mengatakan Syatilla mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Shaheizy Sam, pelakon yang lahir pada 8 Februari 1991 terdiam seketika. Malah Syatilla turut menyimpulkan bahawa itu adalah cerita lama dan tidak perlu diungkit kembali kerana bimbang akan menimbulkan spekulasi lain. “Saya tidak selesa bercakap hal itu. Saya tidak mahu memperbesar-besarkan perkara yang tidak ada. Pada mulanya gosip itu kelihatannya seperti usikan biasa buat saya. “Namun apabila kerap diasak persoalan yang sama setiap masa, saya sudah mula rimas. Lebih teruk lagi apabila orang di luar seolah-olah mempercayai kami ada bercinta," tegas Syatilla. Mereka dikatakan bercinta selepas Shaheizy hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla, Syafiqa yang juga juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, Julai tahun lepas. Masakan tidak timbul spekulasi mereka bercinta kerana Shaheizy merupakan satu-satunya aktor hadir ke majlis perkahwinan berkenaan. Dalam pada itu, anak kedua daripada lima beradik ini mengakui tidak suka mencari kontroversi menerusi cara murahan, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan pelakon lelaki agar dikenali. Malah dia menyifatkan itu sebagai kaedah kuno dan perlu diubah kerana baginya pelakon wanita hari ini juga berbakat besar dan mampu berdikari. Bagaimanapun Syatilla mengakui bahawa dia sangat mengagumi bakat dan profil kerjaya Shaheizy yang bermula dari bawah sehingga meniti popular hingga ke hari ini. “Dia antara pelakon hebat yang menjadi aset industri lakonan tempatan. Banyak ilmu lakonan yang boleh dipelajari dan dia tidak lokek untuk berkongsi sama. “Jujurnya saya ada memasang cita-cita untuk berjaya seperti dia. Perlahan-lahan naik dan tidak goyang sewaktu berada di puncak populariti," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails