Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kami sudah putus! - Raja Azmi

RAJA Azmi sentiasa diduga dengan pelbagai peristiwa sehingga digelar wanita besi. Apabila mahligai perkahwinan bersama jaguh badminton negara, Jalani Sidek berkecai selepas 28 tahun hidup bersama, Raja Azmi kekal ceria dan bahagia. Enggan meratapi setiap apa yang berlaku, bagi Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dia kini lebih selesa memberi tumpuan kepada perjalanan hari-hari depannya. Hanya beberapa bulan lalu, dia memberitahu sedang mengenali seorang jejaka berumur 27 tahun. Mengetepikan perbezaan umur yang ketara, Raja Azmi pada ketika itu turut mengakui bersedia untuk menerima pemuzik muda tersebut sebagai suami. Bagaimanapun tersedar dari lamunan, Raja Azmi baru-baru ini berlaku jujur memberitahu kisah cintanya itu sudah berakhir sejak sebulan lepas. Kepada AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN, Kak Mie mengaku cinta mereka sudah berakhir. Kenapa berpisah dengan kekasih muda itu? R.A: Saya bercerai setelah 28 tahun berkahwin. Mungkin terlalu terkejut lalu saya mengambil langkah pantas untuk mencari pengganti, cari cinta baru. Bagaimanapun bila tersedar dari lamunan, saya mula memahami apa yang saya cari. Kami berpisah cara baik. Baru lagi bercinta, kenapa perlu putus? Ia berlaku tiba-tiba sahaja. Apa yang boleh dikatakan, saya anggap kisah cinta ini sebagai "cinta monyet". Adakah perpisahan ini didesak oleh ahli keluarga? Anak-anak tidak pernah melarang saya untuk bercinta, malah mereka cukup sedia menyokong saya. Macam saya katakan tadi hubungan yang terjalin berlaku dalam tempoh yang agak cepat yang pada ketika saya sedang menerima kejutan yang sangat hebat. Bila kita sudah sedar, kita akan berfikir balik. Setelah melewati cinta "ringkas" ini, adakah sudah tetapkan apa yang Kak Mie mahu dari seorang lelaki selepas ini? Saya akui saya tidak akan serik dari mencari cinta, saya mahu berkahwin lagi. Mungkin apa yang saya perlukan dari seorang lelaki selepas ini adalah kematangan. Apa yang pasti lelaki yang jauh lebih muda, tidak sesuai dengan saya. Khabarnya, Abang Jack (Jalani Sidek) sudah berkahwin semula. Sebagai bekas isteri, bagaimana Raja Azmi menerima berita itu? Saya tidak diberitahu oleh dia sendiri (Jalani Sidek) sama ada sudah berkahwin atau tidak. Saya hanya baca melalui akhbar sahaja. Sebolehnya saya tidak mahu komen mengenai hal ini. Jalani masih menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anak saya dengan baik. Jika benar dia sudah berkahwin, saya sangat gembira untuk mereka. Hits tahu Kak Mie seorang yang kuat bekerja, boleh kongsi sedikit projek terbaru? Saya kini sedang sibuk dengan pra post filem terbaru saya berjudul Anak Ikan. Seboleh-bolehnya saya mahu mempercepatkan penggambaran untuk filem ini. Soal siapa pelakon untuk filem ini saya rahsiakan dahulu. Selain itu juga saya sudah menyiapkan sebuah novel berjudul Karkuma. Novel ini berkisarkan peperangan mengenai jin dan manusia, idea untuk menyiapkan novel ini hadir apabila saya juga sering menjadi mangsa kepada amalan mistik ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails