Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kaka suka aktiviti lasak

Pada mulanya memang penulis menafikan kebolehan Kaka untuk melakukan aktiviti lasak dengan saiz badan Kaka yang kecil berbanding dengan saiz badan yang dimiliki penulis. Kehebatan dan keberanian Kaka dalam aktiviti lasak tidak boleh disangkal lagi. Ini kerana dia pernah muncul dalam program realiti TV, Fear Factor Selebriti Malaysia bergandingan dengan Johan As'ari. Sehari bersama Kaka melakukan cabaran Amazing Race di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, pada Sabtu lalu memberikan pengalaman menarik kepada penulis. Jelas terpancar wajah kegembiraannya tatkala bercerita mengenai aktiviti lasak walaupun masih kepenatan. Penyanyi yang popular dan mula dikenali menerusi lagu duetnya bersama Zizan, Bawaku Pergi itu berkata, dia mula meminati kegiatan lasak sejak mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Di Bawah Bayu, Tuaran, Sabah pada tahun 2007. Kaka berkata, kesempatan mengikuti program PLKN memberikannya bonus kerana ia ibarat serampang dua mata dalam menyertai aktiviti lasak. "Berpeluang mengikuti program Fear Factor memberikan satu pengalaman yang baik kerana semua aktiviti yang dilakukan sangat mencabar ketahanan mental dan fizikal. Kalau anda seorang yang 'penakut', baik lupakan sahaja niat untuk mengikutinya. "Tidak dinafikan aktiviti Amazing Race ini juga memberi satu kelainan kerana aktiviti yang dijalankan tidak dapat diduga. Ya..., kita dapat merasakan debaran dalam melakukan aktiviti memanjat bukit, mengharungi sungai, lagak komando dan sebagainya. Ia sangat seronok dan menarik," katanya kepada S3. Menurut Kaka, antara aktiviti ekstrem yang pernah dilakukannya adalah jungle tracking dan go kart. Mungkin ada yang tidak percaya dengan apa yang dikatakannya itu memandangkan sikapnya yang manja. Namun, itulah realitinya iaitu setiap kali ada masa lapang, Kaka akan melakukan kegiatan sukan ekstrem bersama rakan-rakannya. "Mula-mula join aktiviti lasak ini memanglah terasa susah dan penat. Tetapi lama-kelamaan, kepayahan dan kepenatan itu hilang dan timbul pula keseronokan. "Bersukan begini, bukan setakat mampu memupuk rasa keyakinan diri yang menebal tetapi dapat juga memberi satu kesihatan yang baik dengan menguatkan stamina. Memang saya sangat meminati aktiviti lasak yang dapat menyihatkan badan," ujarnya. Dalam pada itu, kata Kaka, dia juga menyimpan hasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu pada suatu hari nanti. "Bukan apa, aktiviti lasak ini memang sudah lama saya gemari. Jadi, apa salahnya saya cuba memanjat Gunung Kinabalu. Baru nampak 'ganas' walaupun diri saya nampak lemah-lembut," katanya berseloroh. Ceburi bidang lakonan Apabila ditanya perkembangan terkininya, Kaka memberitahu penulis bahawa dia telah mendapat tawaran untuk berlakon dalam siri drama Cinta Uda dan Dara yang mana dia akan menjalani sesi pengambaran dalam masa terdekat ini. Wow! Daripada nyanyian, bintang baharu ini terus mengukir nama sebagai seorang pelakon pula walaupun Kaka mengakui minat menyanyi sejak berada di dalam darjah tiga lagi. "Semasa itu, memang nyanyian adalah 'makanan' Kaka. Setiap kali ada persembahan di sekolah, Kaka adalah orang pertama yang akan menawarkan diri untuk menyanyi," katanya yang juga anak saudara kepada ratu rock negara, Ella. Tidak mahu dikatakan menumpang populariti ibu saudaranya, Kaka ingin meneruskan kerjayanya dan membina nama atas usaha sendiri dengan bakat yang dimiliki. "Persamaan yang orang nampak dari segi imej Kaka dengan Ella adalah perkara biasa. Kaka masuk ke dalam bidang seni ini bukanlah nak tiru atau menyaingi sesiapa termasuk mak cik Kaka (Ella). Kaka sendiri adalah peminat Ella dan dia juga sudah berada dalam kelas tersendiri," katanya. Selain itu, Kaka juga bercita-cita untuk menjadi pengacara terutama dalam program yang melibatkan sukan ekstrem. Katanya, apabila mengacarakan program seumpama itu, kita boleh merehatkan minda di samping dapat mencuba sukan ekstrem untuk menjaga kesihatan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails