Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fizo pitam panjat tembok China

AKTOR dengan nama Wan Hafizol Wan Omar, 28, ini menyusun langkahnya sebagai anak seni dengan kelihatan santai namun teliti. Berjalan, melangkah dalam nada tidak terlalu laju, namun perjalanannya tetap membuahkan hasil. Jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga bijak merancang dan memperluas kemahiran diri dalam pelbagai bidang. Bukan hanya bergelar pelakon, dia juga menggalas tugasan pengacaraan dan juga usahawan. Rezekinya berjalan dan diselang kesibukan sebagai anak seni dan ahli perniagaan, Fizo kini turut sibuk menjadi jurulatih motivasi di universiti. Berkongsi cerita dan menebarkan inspirasi, ujar Fizo dia bercita-cita untuk menjadi pakat motivasi dan berkongsi ilmu dan pengalaman buat pelajar-pelajar dan belia negara. Pilihan Agensi Pelancongan Selepas Beijing, Fizo turut akan mengikuti pakej pelancongan bersama Arlief Event & Management ke Phuket, Thailand, Hong Kong, Mongolia, Guangzhou, China dan Istanbul. Untuk siri jelajah Istanbul, Turki dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 9 Oktober kelak, Fizo akan merasai pengalaman bercuti dengan penyanyi berprofil tinggi, Ramli Sarip. Pelakon terkenal itu menganggap peluang ke bumi Turki yang terkenal dengan sejarah itu sebagai rezeki. Ujar Fizo, percutian sebegini banyak memberi input buatnya. Dia melihat sudut perniagaan dan budaya. Ujarnya, dia mempelajari cara kerja orang luar yang sanggup berbuat apa sahaja untuk hidup. “Saya juga belajar tentang sikap dan disiplin orang China sewaktu di Beijing. Dari segi kerja, mereka memang cekap dan tidak mengambil lewa tentang tanggungjawab,” ujar Fizo yang terlepas bermain salji di Beijing. Cinta Hati Fizo Walaupun ramai sudah mengetahui hati Fizo sudah dimiliki, namun dia tetap enggan bercerita perihal teman wanitanya. Pun begitu, mutakhir ini, jejaka kacak ini tidak lokek berkongsi cerita tentang kekasih hatinya, Asmidar Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Haas. “Hubungan kami memang serius ke arah perkahwinan, tapi soal jodoh, saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih. Kalau diikutkan perancangan, mungkin sebelum umur saya 30 tahun, tetapi biarlah masa yang menentukan,” ujar Fizo tentang hubungannya dengan teman wanitanya yang sudah dikenalinya setahun lalu namun baru rapat dalam empat bulan lalu. “Saya kenal Haas menerusi seorang kawan sejak lebih setahun lalu dan kami mula rapat. Alhamdulillah hubungan kami berjalan dengan lancar setakat ini. Ibu saya juga sangat fleksibel dan dia tidak kisah saya berkawan dengan sesiapa pun. Bagi ibu, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya,” ujar Fizo yang memang terkenal sebagai anak emak. Memetik sedikit keistimewaan gadis kelahiran Kedah itu, Fizo berkata mereka minat yang sama dalam bidang perniagaan. “Kami mempunyai persamaan serta minat, dua-dua jenis orang berniaga. Dia mempunyai perniagaan sendiri dan kami banyak bercerita mengenai hal perniagaan,” ceritanya tanpa segan silu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails