Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tahniah abang Jack! Kak Mi bila lagi?

AKHIRNYA teka teki status Jailani Sidek atau mesra dipanggil abang Jack sudah terjawab. Dia kini sudah berkahwin dan wanita pilihannya adalah wanita yang sama dikaitkan dengannya sebelum ini, Zaleha Mohd. Khalid. Tapi Miss J hairanlah kenapa orang sibuk nak mempertikaikan pernikahan abang Jack dengan Zaleha. Si A cakap mereka bernikah sebelum abang Jack bercerai dengan Raja Azmi atau dipanggil Kak Mi. Si B pula cakap pernikahan itu berlangsung selepas perceraian. Apa-apalah! Miss J memang menantikan kenyataan rasmi daripada abang Jack. Berilah sikit kenyataan abang Jack ya. Biar orang bujang macam Miss J ini lebih faham tentang kedudukan status abang Jack sekarang. Bercakap fasal abang Jack, teringat pula Miss J dengan bekas isteri abang Jack, Raja Azmi yang sekarang pun dengarnya sedang hangat bercinta dengan lelaki muda sebaya anaknya. Tak sabar Miss J nak tunggu kad jemputan Kak Mi yang Miss J tengok semakin hari semakin cantik dan bergaya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails