Sepanjang berada di tanah suci, penyanyi ini telah sempat merakamkan beberapa foto kenangannya bersama ahli keluarga tercinta dan foto-foto tersebut turut dikongsikan menerusi laman Instagram-nya untuk dikongsikan bersama peminat-peminat di Malaysia.
Menerusi salah satu foto yang dipaparkan, Shila kelihatan kurang sihat kerana mengalami sedikit masalah selsema dan berita tersebut turut disampaikan oleh ibu Shila menerusi laman Twitter-nya kelmarin.
