Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Doa Nora buat Fasha

HUBUNGAN yang terjalin di antara dua pelakon ini sangat istimewa, mempunyai anak yang berkongsi bapa yang sama, kehidupan Nora Danish dan Fasha Sandha kini boleh dikatakan semakin bahagia dengan cara tersendiri. Sedang Fasha sarat mengandung anak pertama, menurut Nora tiada apa yang dimahukan dirinya selain mendoakan agar semuanya selamat buat ibu tiri kepada anaknya Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram,5. “Saya berharap Fasha akan melalui pengalaman bersalin yang baik, berbeza seperti saya. “Kalau diikutkan kandungan agak besar, jika dia tidak boleh bersalin cara normal jangan paksa," katanya yang ditemui pada majlis pra tonton filem terbarunya Dua Kalimah. Ditanya sama ada dia ada berjumpa sendiri dengan Fasha untuk menyampai nasihat memandangkan pernah melalui pengalaman mengandung beberapa tahun lalu, menurut Nora dia pasti itu bukan sesuatu yang diperlukan. “Kalau diikutkan memang kami ada berjumpa kerana setiap kali Rayqal di hantar ayahnya ke rumah, Fasha akan bersama. Tetapi tidaklah untuk memberi nasihat. “Saya akui memang Fasha nampak cantik semenjak mengandung," katanya yang turut mempunyai alasan tersendiri tidak bersama ahli keluarga bekas mentuanya di majlis baby shower Fasha beberapa hari lalu. Tidak menafikan anak tunggalnya, Rayqal juga sudah tidak sabar lagi untuk bergelar abang, bagi Nora kehadiran bayi Fasha nanti bakal menambahkan keceriaan keluarga mertuanya. “Rayqal memang seorang yang suka bayi. Malah dia turut menunjukkan sikap sayangnya itu kepada sepupu-sepupunya. Jadi dia sebenarnya memang tidak sabar lagi untuk menanti bayi fasha. “Malah saya juga tidak pasti apa gelaran yang akan diberikan keluarga mertua buat anak Fasha nanti," katanya yang memberitahu panggilan keluarga mertua buat anaknya Rayqal adalah Payong. Sedang anaknya semakin membesar, Nora percaya menerangkan keadaan hubungan antara Fasha, dia dan bekas suaminya mampu menghuraikan kekusutan dalam fikiran Rayqal. “Saya akan menerangkan hubungan kami, agar dia tidak keliru. Selalunya saya akan beritahu, “ Dulu Mommy kahwin dengan Daddy, dan sekarang Daddy kahwin dengan auntie Fasha. Dan nanti Mommy akan kahwin dengan orang lain," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails