Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Debaran Darling


BILA-BILA masa sahaja, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, 28, bakal melahirkan cahaya mata pertama kerana mengikut perkiraan doktor, dia dijangka bersalin pada pertengahan Mei ini.

Dramatis yang juga penerbit produksi Nasreen Pictures Sdn. Bhd., itu berkata, dia sudah bersedia menghadapi saat tersebut.

"Darling berharap sangat dapat melahirkan bayi cara normal kerana ingin merasai pengalaman itu. Disebabkan sekarang ini menunggu hari, awal-awal lagi Darling sudah kemas barang-barang baby untuk dibawa.

"Cadangnya bersalin di Hospital Tawakal, Jalan Pahang sebab adik Darling, Anne dulu pun bersalin di sana.

"Perut sudah buat imbasan dan disahkan bayi lelaki. Tidak kisah lelaki atau perempuan, yang penting bayi sihat bila dilahirkan," katanya.

Darling yang ditemui di rumah ibunya, Habibah Jaafar di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur berkata, kebanyakan pakaian dan kelengkapan bayi dibeli sedikit demi sedikit.

Isteri kepada Nur Azlin Rahmat, 37, itu berkata, adik-beradiknya yang lain turut sibuk membeli kelengkapan bayi untuk dihadiahkan bayi yang bakal dilahirkannya itu.

Anak keempat daripada enam beradik itu memberitahu, buat masa sekarang, dia dan suami belum memikirkan lagi nama untuk anak sulung mereka itu.

"Bila bayi dah lahir, barulah kami sama-sama fikir nama yang sesuai. Selepas bersalin, Darling akan menetap di sini sebab suami selalu kerja luar.

"Lagipun pengalaman pertama, banyak yang perlu dipelajari terutama tentang pantang larang selepas bersalin. Kalau boleh Darling nak ikut pantang larang tradisional demi kesihatan," akuinya.

Katanya, sejak disahkan hamil, dia banyak membaca buku atau mencari maklumat daripada Internet tentang wanita mengandung sebagai persiapan untuk dirinya.

Dia bersyukur kerana sepanjang hamil, tidak menghadapi sebarang alahan atau mengidam kerana jika teringin sesuatu, ujar Darling, dia terus mencari makanan yang diidamkan.

Walaupun sarat mengandung, Darling tetap aktif bekerja sampai sekarang namun tumpuannya lebih kepada kerja belakang tabir.

"Siapa yang nak ambil Darling berlakon dengan perut memboyot ini? Sebab itulah Darling banyak buat kerja-kerja belakang tabir. Bila dalam pantang nanti mungkin Darling akan bekerja dari rumah," ceritanya sambil ketawa girang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails