Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan ikut kepala sendiri!


JOYAH bukan siapa-siapa nak bercakap hal agama. Bukan niat Joyah nak cakap itu salah, ini salah, itu boleh buat dan ini tidak. Tapi rasanya Joyah perlu menegur apa yang tak berapa betul untuk kebaikan kita.

Bila melihat gambar-gambar yang terpampang dalam surat khabar mengenai pertunangan artis, Joyah mula risau. Bukan apa, cuma risau bila melihatkan banyak sangat hukum-hakam yang artis kita langgar sesuka hati mereka sahaja.

Bukan Joyah nak membebel tak tentu pasal, tapi bila ramai ulama terkenal komplen pasal hal ini, Joyah kena adil pada semua. Kena juga bawa ke tengah hal ini sebab ia melibatkan kepentingan awam.

Joyah sebenarnya sedih bila melihatkan artis kita yang bermacam-macam perangai ketika bertunang. Tak kisah perangai apa yang dia nak pakai cuma satu Joyah nak pesan, janganlah pandai-pandai nak buat perkara yang melanggar tata susila.

Kebiasaanya hanya ibu lelaki yang akan menyarung cincin pada bakal pengantin perempuan. Tapi ada artis kita yang tanpa segan silu pegang tangan pasangan wanita dan tunjuk cincin pada semua orang.

Kalau sekali imbas dah macam dia yang menyarung cincin pada bakal isteri. Apa nak jadi la korang ni? Kalau nak bergambar tu tak ada masalah cuma janganlah sampai bersentuhan.

Bila gambar disiar di majalah dan surat khabar, semua orang tengok yang artis tu dengan selamba badak pegang tangan tunang dia tanpa rasa bersalah.

Awak kena ingat yang akan golongan yang berpengaruh. Semua orang nampak, lihat dan tak mustahil ada yang akan praktik nanti. Sebab itu dalam bab-bab macam ni kita kena jaga maruah diri dan maruah keluarga.

Dalam bab ini, Joyah puji dengan pelakon Ashraf Muslim yang cukup menjaga adab dan tatasusila. Dia masih bergambar bersama tetapi langsung tidak bersentuhan.

Joyah tidak mahu sebut nama siapa yang bergambar bagai nak rak sampai menimbulkan rasa kurang senang sesetnagh pihak itu. Bagi Joyah siapa yang terasa, dialah orangnya.

Joyah hanya ingat mengingati sahaja. Masih belum terlambat untuk kita ingat mengingati antara satu sama lain. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadi sempadan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails