Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan campur urusan kami - Memey


SEPERTI tiada kesudahan, Memey Suhaiza terus terpanggang dalam isu kontroversi berpanjangan yang cukup menduga kesabarannya.

Ruang privasi kehidupan peribadinya diceroboh hingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif pada mata masyarakat dan peminat, Memey bagaimanapun memilih untuk tidak memanaskan lagi situasi.

Seboleh mungkin dia ingin melenyapkan semua cerita hangat yang tidak pernah berpihak kepadanya. Namun apa daya, Memey terpaksa akur menelan semua isu pahit itu hanya kerana bergelar selebriti. Awal minggu lalu, nama Memey sekali lagi dipalit tuduhan negatif apabila dia didakwa dengan sengaja mengajar anak tunangannya, aktor Norman Hakim supaya ponteng sekolah. Bagaikan sebuah ledakan yang kembali mengganggu ketenteraman jiwanya, Memey diheret semula dalam kemelut yang entah bila akan berpenghujung.

Memey menjawab setiap soalan diajukan dengan berlapang dada. Sesekali, sambil menghela nafas dia memohon supaya isu itu tidak diperbesarkan kerana enggan mengheret anak tunangannya dalam masalah orang dewasa.

B*POP: Belum habis Memey dikaitkan dengan kontroversi, kali ini dikatakan pula mengajar anak Norman Hakim ponteng sekolah. Apa cerita ni?
Memey: Ia terlalu peribadi nak diceritakan. Lagipun cerita mereka tak ke sekolah tu bukan isu baru, sudah tiga minggu berlalu. Saya tidak faham mengapa baru sekarang perkara ini dipanjangkan dan menjadi besar. Sesetengah pihak cuba membuat spekulasi dan akhirnya nama saya diheret semula dalam kontroversi. Ikutkan hati saya sudah letih melayan isu ini. Sudah penat. Jika diperhatikan sejak dari dulu lagi, saya lebih senang bersikap mendiamkan diri. Cukuplah apa yang berlaku dulu.

B*POP: Betul ke anak-anak Norman ponteng sekolah atau tidak?
Memey: Saya tidak mahu masuk campur. Apa yang dapat saya katakan, apa juga perkara mengenai anak-anaknya, setiap yang dibuat atas persetujuan bersama Norman dan bekas isterinya. Itu urusan mereka. Orang di luar yang tidak tahu perkara sebenar, jangan keterlaluan mencampuri urusan kami hanya kerana nak memburukkan keadaan. Jangan melampau.
B*POP: Sampai bila nak kepala dipijak orang? Memey nak masih bersabar dan tak nak ambil tindakan?
Memey: Tak mengapa, biarlah... Saya sudah tak larat lagi nak melayan perkara ini. Jika pihak di sana masih tidak dapat menerima kenyataan yang tertulis, isu ini tidak akan pernah berkesudahan. Saya perlu bersikap profesional. Jika saya turut sama melatah, perkara ini akan melarat dan jadi lebih buruk. Tak mengapa saya mengalah.

B*POP: Memey macam tak makan hati langsung biarpun dakwaan itu mencalar nama baik sendiri?
Memey: Secara jujurnya saya tak pernah ambil kisah mengenai apa orang cakap. Saya tak mahu ambil tahu. Jika teguran itu berniat baik dan mampu membentuk sesuatu yang lebih baik untuk kerjaya dan kehidupan saya tidak menolak. Kalau sengaja mahu mencari salah dan silap saya, tak mengapalah. Saya malas nak melayan.

B*POP: Tetapi apabila terus diasak begini, Memey masih enggan mempertahankan diri?
Memey: Biarlah saya berdiam diri. Jika saya tidak menjawab, perkara ini akan tergantung dan perlahan-lahan diam serta berlalu pergi nanti. Saya banyak belajar daripada apa yang dilalui dulu. Saya pun tidak mahu fikiran anak-anak terganggu. Jika saya menjawab, perkara ini tidak akan selesai. Selagi boleh bersabar, saya akan bersabar.

B*POP: Memey memang menjaga anak-anak Norman?
Memey: Jika ada orang melihat mereka bersama saya, itu atas amanah diberikan Norman. Saya tidak pernah memandai-mandai menentukan itu dan ini. Hal penjagaan anak-anak, saya serahkan kepada Norman dan bekas isterinya kerana mereka tahu apa yang terbaik. Jika mereka berada bersama saya, saya akan memainkan peranan sebagai seorang ibu. Cuma itu. Hal lain saya tidak masuk campur.

B*POP: Memey dan Norman dah lama bertunang, bila nak bernikah?
Memey: Alhamdulillah kerana hari yang dinanti semakin hampir. Cukup saya katakan majlis itu akan berlangsung September ini. Kami sudah dapat tarikh tetapi saya sudah sepakat dengan abang Norman untuk mengumumkannya bersama. Persediaan pun sedang dibuat. Cuma saya tak dapat memberi 100 peratus perhatian kerana terikat dengan penggambaran drama sehingga Julai ini. Ikut perancangan pernikahan akan berlangsung di kediaman saya di Kota Tinggi, Johor.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails