Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Keluarga Restu Anang Kahwin Ashanty


PENYANYI Anang Hermansyah (gambar) semakin serius menjalin hubungan dengan kekasihnya, Ashanty.

Malah, Anang mengaku sudah mendapat dorongan daripada keluarganya untuk berkahwin dengan Ashanty.

"Keluarga saya sudah bersetuju," ujar bekas suami penyanyi terkenal Krisdayanti kepada portal detikhot, Khamis.

Bagaimanapun, Anang tidak selesa apabila disoal tentang pandangan keluarga Ashanty.

Anang mengakui dirinya berniat besar untuk berkahwin dengan Ashanty. Namun, dia enggan mengulas bila tarikh yang tepat untuk mereka melangsungkan perkahwinan.

"Insya-Allah tahun ini," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails