Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan mudah hukum - Aaron Aziz


BUKAN sekali, malah sudah beberapa kali bertebaran kisah mengenai pelakon, Aaron Aziz yang dituduh kononnya bernafsu songsang sekali pun jejaka kelahiran Singapura berusia 35 tahun itu diketahui umum sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Pelbagai tuduhan dan gosip liar dikaitkan dengan suami kepada Diyana Halik itu. B*POP minggu lalu menyiarkan lagi artikel yang membangkitkan persoalan sama apabila ada individu kononnya ternampak kelibat Aaron di sebuah kelab gay di Kuala Lumpur. Tidak melatah atau jauh sekali melenting, Aaron ketika dihubungi sedia menjawab gosip berkenaan sambil menjelaskan dia kini sibuk di lokasi penggambaran drama dan filem berjudul Ngorat.

B*POP: Apa sebenarnya gosip tu, betul ke?
Aaron: Kalau setakat seorang saja yang bercakap atau menurut satu sumber dimaksudkan penulis itu, ia boleh saya tafsirkan sebagai sesuatu yang melucukan. Lainlah, kalau ada lima atau ramai orang yang nampak saya seperti cerita sumber terbabit dan tidak mustahil ia akan menjadi topik perbualan yang lebih hangat. Sesuatu yang pelik dan tidak adil untuk terus menjatuh hukum berdasarkan hanya satu sumber itu saja. B*POP: Jadi, memang tidak benar cerita itu?


Aaron: Seumur hidup saya memang tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab golongan sejenis itu. Sebelum ini, kalau jejak kaki ke kelab hiburan biasa itu adalah tapi ia atas tujuan berlakon.

B*POP: Tetapi Aaron memang berkawan dengan golongan gay?
Aaron: Saya terbuka dalam soal berkawan termasuklah dengan golongan gay mahupun lesbian. Jadi tiada alasan untuk saya tidak berkawan atau menegur golongan sebegitu. Saya mempunyai kawan sebegitu di Malaysia dan Singapura. Malah kalau jumpa di set penggambaran pun, saya tidak akan mengasingkan diri. Mungkin juga keterbukaan saya disalah erti dan terus dijatuhkan hukum. Tak semestinya saya rapat dengan golongan sebegitu, bererti saya juga seperti mereka. Jadi kalau saya bertemu sekali dan berkawan dengan Osama Bin Laden contohnya, bererti saya juga boleh dilabelkan sebagai pengganas? Bekas pengurus saya di Singapura juga golongan sebegitu.

B*POP: Apa yang boleh Aaron katakan kepada mereka yang terus meragui kelelakian Aaron?
Aaron: Saya takkan tergugat dengan cerita sebegini. Tak mustahil selepas ini akan timbul lagi cerita atau tuduhan dengan plot sama. Soalan mengenai isu boleh saya kelaskan sebagai soalan emas yang barangkali akan ditanya lagi selepas ini. Saya juga berasakan tidak perlu untuk saya gunakan pembesar suara dan mengatakan kepada seluruh masyarakat bahawa saya bukan gay.
B*POP: Mengenai kerjaya pula, nampaknya Aaron akan berlakon teater lagi selepas Natrah 2. Betul ke Aaron akan berlakon dalam Badai Semalam yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada November ini?
Aaron: ya saya akan berlakon dalam Badai Semalam. Saya harap keputusan untuk menunda pementasan teater ini bukan disebabkan saya. Sebelum ini sewaktu tarikh pementasan asalnya pada Jun pun saya rasa bersalah sangat kerana terpaksa menghampakan pihak IB dan melepaskan watak Karim kerana jadual padat. Akhirnya, watak Karim menjadi milik saya juga dan menjadi percubaan kali kedua saya dalam bidang teater. Teater ini juga gandingan kali keempat saya bersama Erra Fazira selepas drama Cinta Lelong, Kasih Tercipta dan filem Ngorat.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails