Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Antara suka dan benci - Kilafairy

SELALUNYA anak perempuan manja dengan ibunya, apatah lagi kalau anak bongsu. Mesti si anak tak boleh berenggang jauh dengan ibunya. Tambahan lagi kalau anak kesayangan memilih kerja bidang penuh glamor iaitu jadi figura awam. Lagi pening kepala sang ibu yang perlu bagi perhatian dua kali ganda kepada anaknya itu. Sebab itu juga pelakon jelita ini tidak pernah bersendirian ke mana-mana acara hiburan. Ke mana saja dia pergi, pasti dia ditemani ibu. Kalau ada urusan lain pasti sang ibu akan meminta pembantu peribadinya, Jepun untuk menemani pelakon ini. “Mama tak bagi Kila ke mana sendirian. Mesti kena teman," ringkas anak bongsu dari tiga beradik ini membuka bicara petang Ahad lalu. Pemegang Diploma Lanjutan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles Ampang, Kuala Lumpur ini memberitahu perkara itu menjadi kebiasaan sejak kecil lagi. Tapi bagaimana seandainya Kilafairy terpaksa berseorangan menghadiri mana-mana majlis tanpa pembantu dan ibunya, penyanyi Rohana Jalil yang popular pada tahun 80-an, dia kata perkara itu tidak pernah berlaku. “Mama tak nak ambil risiko susahkan hati memikirkan keselamatan Kila. Mana tahu ada apa-apa yang terjadi pada Kila di luar pengetahuannya. Biarpun dah besar panjang begini. Mama tetap layan Kila macam budak-budak. Tapi tak apa, Kila suka. “Jadi bila nak ke mana-mana, salah seorang daripada mereka pasti temankan Kila. Kalau tak Mama, Jepun. Begitu juga sebaliknya," akui Kilafairy yang turut membahasakan dirinya dengan panggilan ‘adik’ Pun begitu, adakah Kilafairy tidak merasakan perbuatan memanjakan dirinya itu bakal membuatkan dia kurang keyakinan diri? Apatah lagi seandainya Rohana tidak muncul di majlis menemani di sisi? Pasti Kilafairy kelihatan canggung sekali tanpa peneman sebab bintang filem Karak ini dikatakan tidak berkawan dengan rakan-rakan sebayanya dalam industri hiburan. Adakah Kilafairy jenis tidak bergaul dengan orang dalam industri? Sehingga membuatkan dirinya terpinggir dari kalangan rakan artis terutama tatkala menghadiri majlis sosial. Menjawab persoalan tersebut mengubah nada suara Kilafairy menjadi serius dan berisi dengan point untuk menukas persoalan tersebut. “Kila masih muda dan perlu belajar banyak benda dalam hidup ini. Mama banyak beri tunjuk ajar pada Kila dan kami berkongsi banyak benda. Soal kurang keyakinan diri bukan persoalan utamanya. Janji Kila bijak bawa diri ke mana saja. “Kila berkawan dengan semua orang, tak kira yang muda atau tua. Kila terperanjat bila orang cakap Kila tak ada kawan dalam satu majlis. Janganlah disebabkan orang nampak Kila berseorangan, jadi orang ingat Kila tak tahu berkawan. “Mana ada Kila terpinggir, kena pulau ke apa ke, memang tak ada. Mungkin pandangan orang lain terhadap Kila yang buat mereka rasa macam Kila terpinggir kalau Kila datang seorang diri ke mana-mana majlis tanpa peneman," hujah Kilafairy mempertahankan diri berhubung isu jelik membabitkan namanya. Ditanya adakah dia mempunyai rakan baik yang terdiri dari kalangan artis? Kilafairy mengakui ada sebilangan tetapi dia lebih gemar berkawan rapat dengan sepupu dan rakan yang mengenalinya sejak kecil. “Sebenarnya, ada banyak risiko kalau kita berkawan rapat dengan kawan-kawan artis. Ada juga Kila dengar cerita tikam belakang kawan. Jadi Kila nak elakkan benda yang boleh rosakkan nama sebab Kila dah janji tak nak kontroversi. “Kila bimbang kalau ada benda-benda kecil yang terjadi dan pada kemudian hari diperbesarkan oleh orang lain," katanya penuh yakin.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails