Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Berakhirkah dendam mereka? - Anzalna

RASANYA ramai yang memang dah muak dengan cerita yang menghantui Neelofa dan Anzalna yang macam tak ada kesudahan. Sejujurnya Syed sendiri pun sudah tidak tahu apa yang akan berlaku pada mereka selepas ini memandangkan perjanjian damai mereka seperti tidak ada kesudahan sahaja. Dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara, Isnin lalu, memang Anzalna telah pun memohon maaf kepada Neelofa berhubung dengan kenyataan yang keluar sebelum ini. Yang tak berapa sedapnya bila ada yang berkata Anzalna terpaksa meminta maaf dengan membaca skrip yang telah disediakan. Betul ke macam tu? Yang menimbulkan persoalan kini, adakah benar Anzalna memang ikhlas mahu berdamai? Kalau tengok pada beberapa kenyataan yang melibatkan isu itu, ramai penulis yang memainkan isu mereka berdua enggan bersalam walaupun kes mereka selesai. Itu sebenarnya terpulang kepada interpretasi masing-masing dan soal bersalam atau tidak bukan menjadi pokok pangkalnya. Bagi Syed masing-masing sudah bersikap profesional dan matang dalam mengendalikan masalah peribadi mereka. Kalau sudah ada perjanjian hitam putih tu maknanya memang Anzalna kena berhati-hati selepas ini. Mengalah bukan bererti kalah dan menang belum tentu benar. Apa yang terjadi hanya mereka yang tahu. Sebagai orang baru dalam industri, rasanya ini memang jadi pengajaran paling berguna buat kedua-dua artis ini dan yang lain juga. Ramai yang mahu Anzalna dan Neelofa menghapuskan dendam yang masih bersisa. Jangan sesekali jadi mangsa keadaan. Mereka yang bergaduh, orang lain yang bersorak gembira. Dalam pada itu ramai yang memang respect pada Zed Zaidi yang mewakili Persatuan Seniman kerana berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda dua artis ini. Tapi agak-agaknya bila pula kes Seniman nak selesai?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails