Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tahniah Norman & Memey

Joyah memang suka dengar berita gembira dari teman-teman Joyah. Terbaru, Joyah dapat tahu, pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal menimang cahaya mata! Makna kata, bertambahlah keluarga besar Norman yang sekarang dah ada tiga orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isteri, Abby Abadi. Khabarnya, usia kandungan Memey itu sudah mencecah enam minggu. Wah...Joyah pun teruja nak tahu perkembangan kandungan Memey dari semasa ke semasa. Dalam gembira, Joyah risau juga sebab khabarnya, Memey sekarang sibuk dengan jadual seninya yang padat. Perempuan mengandung tak boleh kerja teruk-teruk sangat tau Memey. Kerja memang penting, tapi kesihatan tu jangan diabaikan. Kalau tak ada aral melintang, Februari tahun depan mereka bakal menerima kehadiran bayi sulung mereka itu. Selain Norman dan keluarga, Joyah pasti, anak-anak Norman juga gembira dengan kehadiran bakal adik mereka itu. Iyalah, sebelum ni pun, Memey selalu bercerita yang anak-anak tirinya itu selalu bertanya soal adik. Tak begitu? Apa pun, jaga kandungan elok-elok ya Memey.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails