Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kaka jangan tiru

Joyah dah lama pendam dalam hati nak cakap pasal ni. Tapi bak kata oranglah, kalau simpan lama-lama dalam hati, nanti boleh bawa sakit jantung pula. Joyah nak sihat okey! Nak sentuhlah sikit pasal imej pendatang baru, yang namanya Kaka tu. Kalau ada yang masih tak tahu, atau buat-buat tak tahu, Kaka ni adalah penyanyi yang berduet dengan Zizan Raja Lawak menerusi lagu Bawaku Pergi. Rasanya, ramai juga yang dah tahu yang Kaka ni ada hubungan keluarga dengan Ratu Rock, Ella. Pernah beberapa kali terjumpa dengan Kaka dalam majlis atau acara, Joyah perhatikan Kaka ni persis Ella sangat-sangat! Dari cara dia bercakap, lenggok dia, cara dia bermain-main dengan rambutnya yang ikal mayang tu, oh tolonglah...apa yang Joyah boleh cakap, Kaka ni macam nak tiru Ella saja. Tahulah awak dengan Ella ada kena-mengena. Tapi tak akanlah sampai nak tiru karakter dan imej Ella. Lepas tu, bila ramai yang tanya pasal hal ni, Kaka bermati-matian tak mengaku yang dia cuba tiru Ella. Tu yang Joyah rasa tak best tu. Macam nilah Kaka Joyah nak pesan, kalau awak nak bertahan lama dalam industri, Kaka kena jadi diri sendiri. Tak mainlah tiru-tiru orang. Tapi Joyah fahamlah, mungkin sebab Kaka pendatang baru dan dia masih keliru nak cari identiti sendiri. Okey. Joyah tunggu penjelasan dari Kaka. Apa pun, Ella adalah satu-satunya Ella okey!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails