Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Perlukah saya dicemburui? - Wawa Zainal

LANGKAH bintang baru wanita bernama Wawa Zainal semakin kencang apabila usahanya untuk memperkenalkan diri kepada peminat seni tanah air semakin membuahkan hasil sejak dua tahun lalu. Semuanya selepas orang mula menyedari kehadirannya di layar perak dan skrin televisyen dan mulai memberi respons positif. Rezeki Wawa juga murah apabila mendapat tawaran sebagai jurucakap produk penjagaan diri baru-baru ini. Lantaran perjalanan karier seni Wawa yang licin itu menyebabkan ada pihak yang cemburukan kejayaan pelakon drama Ana Lu'lu dan Klik ini. Perasaan dengki memuncak kerana artis di bawah naungan MIG Productions Sdn. Bhd (MIG) ini umpama dimanja bak menatang minyak yang penuh oleh pemiliknya, David Teo. Wawa juga dikata anak emas dan fokus utama syarikat selepas pelakon Lisa Surihani enggan menyambung kontrak bersama syarikat penerbitan filem itu. "Saya bukan anak emas MIG . Semua artis di situ diberi peluang sama rata untuk tonjolkan bakat mereka sendiri. Rezeki masing-masing, saya tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab kami semua terikat dengan syarat kerja. Masing-masing tahu tanggungjawab dan bidang kerja sendiri. "Kalau orang cakap, saya bodek Mr. David untuk jadi anak emas syarikat, benda itu tak betul. Saya tak pernah meminta-minta untuk dapat lebih banyak tawaran berlakon. Semua itu tak betul," nafi pelakon ini yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) di Kompleks Sri Utusan Bangi, petang Khamis lalu. PersainganDitanya adakah dia selesa dengan tanggapan berkenaan, wanita yang menyambut hari jadi pada 12 Mac lalu menggelengkan kepala. "Sebenarnya, soal cemburu ini saya ambil secara positif. Saya anggap ia satu persaingan sihat dan perkembangan membina buat kerjaya saya. Perkara ini buat saya terfikir untuk lebih banyak berusaha baiki mutu lakonan saya. "Saya juga ada impian untuk berjaya dan berada di tempat selesa seperti Lisa Surihani. Teringin juga nak jadi kesayangan semua peminat seni tanah air. Saya tahu, perjalanan untuk ke tempat macam itu memerlukan banyak pengorbanan dan titisan air mata. "Sebab itu saya nak kerja kuat. Saya nak hindarkan kontroversi dan tidak mahu terlibat dengan cerita-cerita negatif. Kena lebih bersikap rasional dan kawal tingkah laku sebab figura awam selalunya jadi bahan cerita orang ramai," katanya penuh optimis. Dalam pada itu, anak kelapan dari 11 adik beradik ini juga diajukan persoalan tentang keselesaan bertudung dalam filem Ahji Noh Motor yang bakal ditayangkan pada 27 September ini. Sebelum ini, Wawa mendapat reaksi positif melakonkan watak bertudung dalam drama Bunga-Bunga Syurga yang pernah ditayangkan di TV3. "Saya memang selesa bertudung sebab semasa sekolah menengah di Sabah saya bertudung. Ada peminat nak saya kekal sebegitu, tapi saya selesa dengan imej saya hari ini. Insya - Allah, bila sampai masa nanti saya akan bertudung," katanya menutup bicara sambil tersenyum manja.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails