Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tidak ada rahsia - Rashidi dan Vanidah

PASANGAN selebriti terkenal Rashidi Ishak dan Vanidah Imran yang mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 seringkali dijadikan contoh kepada pasangan artis tempatan kerana perkahwinan mereka yang kekal sehingga kini. Menurut Rashidi memang benar ada di antara rakan mereka yang menjadikan perkahwinan dia dan isterinya sebagai contoh. Mengakui tiada rahsia tersendiri untuk mengekalkan kerukunan alam rumah tangga, bagi Rashidi apa yang penting di dalam mana-mana hubungan suami isteri adalah kesungguhan untuk mencari kebahagiaan. “Memang ada yang yang menjadikan perkahwinan kami contoh. Saya sendiri hairan mengapa. Bagi saya apa yang penting di dalam setiap hubungan terpulang kepada kemahuan kita sendiri. “Jadi saya memang tidak mempunyai rahsia yang mahu dikongsi," katanya kini yang sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki. Berkongsi perkembangan terbaru, menurut Rashidi dia kini sedang merancang untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana selepas berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Media & Komunikasi. “Isteri saya mahu saya meneruskan misi saya ini melalui institusi pengajian yang menawar program berkembar. Ini supaya saya dapat meneruskan pengajian di dalam negara. Cumanya apabila tamat pengajian sahaja saya menerima ijazah saya di universiti sebenar. “Memang sudah menjadi impian Vanidah untuk melihat saya menerima sijil di universiti luar negara. Bagaimanapun buat masa ini saya masih mencari waktu yang sesuai untuk meneruskan impian itu," katanya yang bakal mengambil jurusan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Mahu memberikan contoh terbaik buat anak-anaknya menurut Rashidi, sebagai seorang ayah dia mahu memberi pemahaman terbaik buat mereka mengenai fungsi sebenar pelajaran di dalam kehidupan seharian. “Saya mahu mereka mendahulukan pelajaran, ini kerana ilmu merupakan harta yang paling penting. “Semoga dengan kesungguhan yang saya tunjukkan memberi peluang buat saya untuk terus membakar semangat anak-anak saya," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails