Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kembara Karl Syafek

Sememangnya lahir daripada keluarga yang suka melancong, Karl Shafek atau nama sebenarnya Khairul Shafe Ibrahim yang berasal dari Pekan, Pahang itu meneruskan minat keluarganya mengembara. Namun buat masa ini, dia mengakui kekangan dan himpitan kerjaya kadang-kala membataskan diri daripada melakukan perkara yang sentiasa menjadi minatnya itu. "Kalau dulu saya memang selalu melancong. Keluarga saya sendiri pun sukakan aktiviti sebegini. "Ketika bersama keluarga saya dahulu, kami sering melancong bersama-sama. Bermula dari Pahang kemudiannya pergi ke Kelantan, Terengganu dan bersambung pula ke negeri lain yang berdekatan. "Memang saya sukakan aktiviti sebegini. Bukan apa, dalam kita meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan, kita juga sebenarnya dapat mengenali dan mendalami sejarah atau tempat yang kita pergi itu," katanya bersungguh-sungguh. Bercerita mengenai kesungguhannya untuk merantau ke negara orang, dia mengakui minatnya itu mendorongnya untuk menjadi pramugara sebuah syarikat penerbangan di Malaysia sekitar tahun 2004 sehinggalah 2008.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails